Tidak lama selepas kejayaan pelancaran outlet eksperiensial Ulike yang kedua di Johor Bahru, Ulike terus melangkah ke hadapan dengan mempamerkan inovasi terkini dalam teknologi kecantikan di acara eksklusif #UlikeBeautyTech.
Acara UlikeBeauty berlangsung dengan penuh gaya di Luuma Dining & Bar, Kuala Lumpur, dan berjaya mengumpulkan peminat kecantikan, pakar perubatan berpengalaman, serta personaliti terkenal dalam industri.
Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech menyaksikan pelancaran rasmi Ulike Air 10 Pro berwarna merah jambu, pilihan terbaru yang menawarkan sentuhan elegan dan gaya kepada pengguna yang mengutamakan kecantikan dalam rutin harian mereka. Dengan warna yang memikat, UlikeBeauty bukan sahaja memperluaskan pilihan pengguna tetapi juga menonjolkan keanggunan dan kecanggihan.
Mengikuti pengumuman ini, Dr. Aen, atau lebih dikenali sebagai Dr. Nurul A’in Sa’ari, mengadakan seminar yang informatif mengenai Ulike Air 10 Pro, mendedahkan bagaimana produk revolusioner ini mencipta trend baharu dalam dunia kecantikan.
Menurut Dr. Aen, “Ulike Air10 Pro direka untuk memberikan kulit yang lembut dan perlindungan kulit yang tiada tandingan, serta dilengkapi dengan teknologi saringan UV yang melindungi kulit. Ia memberikan pengalaman penyingkiran bulu badan yang selesa dan selamat, dengan kemudahan tetapan yang sesuai untuk pelbagai jenis kulit. Dengan ciri-ciri yang menawarkan keselesaan dan keselamatan setaraf dengan solusi profesional, Ulike Air10 Pro memberikan pengalaman seperti di salon dalam bentuk yang kompak dan mudah digunakan.”
Ulike Air10 Pro, yang merupakan peranti Cahaya Denyut Intensif (IPL) pertama di dunia dengan teknologi Dwicahaya, mengubah lanskap industri penyingkiran bulu badan. Dengan dua sumber cahaya, kawasan rawatan menjadi lebih luas dan output tenaga yang lebih tinggi, menjadikan proses penyingkiran bulu badan lebih pantas dan berkesan.
Selain itu, Ulike turut memperkenalkan produk terbarunya yang ringan, Ulike Clear Pro DPL NIR Beauty Device, yang bakal menjadi penanda aras baharu dalam teknologi kecantikan.
Menjelang penghujung suku ketiga tahun ini, Ulike Clear Pro akan dilancarkan dengan dua teknologi terkini: “Black Gold DPL Super Photon Lightening” dan “NIR Platinum Milk Light Whitening”. Black Gold DPL Super Photo Lightening berfungsi untuk menghilangkan kecelaan dan kesan jerawat dengan menyasarkan melanin dan pigmentasi, manakala NIR Platinum Milk Light Whitening menggunakan cahaya inframerah dekat untuk menembusi dermis, memperbaiki tekstur kulit, dan mengaktifkan kolagen serta elastin.
En. K. M. Leong, Pengurus Besar Asia Tenggara bagi Ulike Group, menyatakan, “Sesi Pertemuan #UlikeBeautyTech adalah momen yang sangat bermakna bagi kami, di mana kami memperkenalkan Ulike Clear Pro kepada dunia. Inovasi ini mencerminkan dedikasi kami dalam memajukan teknologi kecantikan, memberikan hasil setaraf profesional yang boleh dinikmati oleh semua orang. Kami sangat bersemangat untuk mengintegrasikan teknologi canggih dalam rutin kecantikan harian, dan kami tidak sabar untuk terus maju ke hadapan.”
Para hadirin juga berpeluang untuk melihat dan mencuba sendiri produk-produk inovatif Ulike, menyaksikan bagaimana teknologi mampu mengubah dunia kecantikan. Acara ini turut menampilkan segmen temu bual eksklusif bersama tokoh-tokoh dalam industri perubatan dan kecantikan, termasuk Miaazahar (Syaza Amira Azahar), Dr. Say (Shazril Shaharuddin), Sally Whoo (Nur Salihah Aimuni), Saby Rose, Dr. Mya Kamaruzaman, Jane Chuck, Nurulain Edruce, dan ramai lagi.