MENU LAZAT DAN SIHAT DI SARAS DELIGHT BAKERY AND CAFÉ, HOSPITAL PANTAI MELAKA

Kali ini admin nak kongsikan satu makanan menarik, sihat dan semestinya lazat iaitu  di Saras Delights Bakery and Cafe, Hospital Pantai Melaka. Kafe ini unik kerana ianya terletak di bangunan parking lot baru Hospital Pantai Ayer Keroh Melaka, akan tetapi orang awam juga boleh masuk dan melawat. Kafe ini berkonsepkan suasana tenang dan santai kerana pemilihan warna nya yang sangat memainkan peranan.

 

Terdapat pelbagai jenis menu yang disediakan di Saras Delights Bakery and Café ini dan setiap hari Saras Delights Bakery and Cafe akan masak dan membakar bermaksud tiada hidangan frozen dan sisa makanan yang berlebihan tidak disimpan untuk kegunaan hari seterusnya. Terdapat juga menu makanan ‘western’ dan ‘asian delights’. Tidak boleh dinafikan semua menu di kafe ini sangat sedap dan setiap menu tersebut mempunyai rasa yang sangat unik.

Antara menu yang terdapat di kafe ini adalah Rice With Chicken Rendang, Rice With Chicken Sambal, Teriyaki Chicken Rice Bowl. Bukan setakat itu sahaja, kafe ini juga mempunyai menu ‘Pasta’ iaitu Chicken Bolognese dan Pesto Pasta. Kafe ini juga mengsaji makanan “Asian Delights’ iaitu Mee Siam, Noodle Soup, Baksi dan Nyonya Curry Laksa. Selain itu, hidangan Pizza Saras Delights ada pelbagai aneka pilihan.  Saiz nya adalah adalah 8″. Pilihan pizza yang terdapat adalah seperti Cheese pizza, Cajun Chicken pizza, Hawaiian pizza dan Vegetarian pizza. Yang paling penting, harga makanan di kafe sangatlah berpatutan dan harga mampu milik.

 

Menurut Madam Saras iaitu pengasas Saras Delights Bakery and Café, menu yang selalu disyorkan oleh pelanggan adalah Premium Iced Chocolate dan Mee Siam. Tidak boleh dinafikan, kedua-dua menu tersebut sangat sedap dan unik. Bahan-bahan dan pes yang digunakan untuk memasak Mee Siam tersebut adalah ‘Home-made’ iaitu menggunakan resepi pes mereka yang tersendiri. Untuk Premium Iced Chocolate mereka pula menggunakan coklat dan susu yang berkualiti dan rasa nya sangat segar.

Selain itu, Hawaiian Chicken Pizza dan Pesto Pasta di kafe ini juga sangat ‘recommended’!. Mereka menggunakan kerak nipis (thin crust) untuk pizza mereka dan itulah yang menyebabkan piza mereka ‘crunchy’ walaupun tidak panas. Topping nya adalah ayam dan juga potongan nenas. Pesto Pasta di kafe ini juga mempunyai rasa yang unik.

 

 

Admin sarankan juga untuk cuba dessert di Saras Delight Bakery & Café ini. Antaranya adalah Moist Red Velvet Cake, Chocolate Brownie, Coffee Cake, Butter Croissant, Cajun Chicken Croissant, Chicken Curry Puff, dan Cajun Chicken Baguette.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *