KONSERT MUZIK KITA DIJADUALKAN SEMULA KE DISEMBER 2025

Menggabungkan barisan artis popular tanah air, sistem bunyi bertaraf antarabangsa, dan konsep persembahan unik yang meraikan muzik tempatan, Konsert ‘Muzik Kita’ sememangnya menjadi antara acara paling dinanti peminat pada tahun ini.

Namun, bagi memastikan setiap detik persembahan mencapai tahap kualiti tertinggi, pihak penganjur Hard Global Ventures mengumumkan bahawa konsert ini akan dijadualkan semula ke Disember 2025.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif, Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril Pilus, keputusan ini dibuat selepas meneliti beberapa faktor penting yang mempengaruhi kelancaran dan kejayaan penganjuran.

“Kami mahu memastikan setiap aspek konsert daripada susunan persembahan, sistem bunyi, keselamatan, hinggalah keselesaan penonton berada di tahap terbaik demi memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan,” jelas beliau.

Penundaan ini turut membolehkan semua pihak terlibat, termasuk artis, kru teknikal, rakan penaja, dan media, memberikan komitmen penuh bagi menjayakan acara tersebut.

Maklumat lanjut mengenai tarikh baharu dan penjualan tiket akan dikongsikan dalam masa terdekat di ig platform Konsert ‘Muzik Kita. Bagi pembeli yang telah mendapatkan tiket lebih awal, pihak penganjur memberi jaminan bahawa hak anda akan dilindungi sepenuhnya, dengan pilihan sama ada mengekalkan tiket sedia ada atau memohon pemulangan.

Aril Pilus turut memberi jaminan bahawa konsert kali ini akan kembali dengan persembahan yang lebih mantap, konsep segar, dan kejutan istimewa buat semua penonton. – Tehtariktimes