Dua Legenda Metal Bersatu! Cromok & Barbarik Bakal Gegarkan Zepp KL Menerusi Konsert Black On White Jun Ini

Dua gergasi metal tanah air, Cromok dan Barbarik, kini bersiap sedia untuk menggegarkan pentas menerusi Konsert Black On White yang bakal berlangsung di Zepp Kuala Lumpur pada 20 Jun 2026. Konsert anjuran Imaginex ini bukan sekadar persembahan muzik keras biasa, malah ia bakal mencipta sejarah sebagai kumpulan pertama di Malaysia yang memperkenalkan konsep revolusioner “No Noise Digital Stage”.

Menerusi inovasi ini, peminat bakal merasai pengalaman audio yang luar biasa bersih dan bertenaga kerana pentas akan bebas sepenuhnya daripada penggunaan amplifier tradisional dan pembesar suara besar.

Keunikan konsert ini turut diperhebatkan dengan integrasi elemen kecerdasan buatan (AI) dalam aspek visual dan produksi, memberikan impak audio-visual yang cukup moden. Pemilihan tajuk “Black On White” pula membawa simbolik mendalam tentang pertembungan identiti muzik antara Cromok dan Barbarik yang unik namun tetap harmoni apabila disatukan.

Selain itu, Cromok juga akan menampilkan set dram digital berteknologi tinggi daripada jenama tempatan, Sudoku, sebagai sebahagian daripada transformasi digital mereka. Jualan tiket telah pun mula dibuka menerusi laman web Ticket2u.com.my, jadi pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyaksikan evolusi terbaharu muzik metal tempatan ini!

Harga Tiket:

  • RM228: Free Standing/Normal
  • RM288: Premium Seats
  • RM5,000: Royal Box (untuk 8 orang)