Marketing Malaysia (“Canon”) dengan bangganya mempersembahkan “Kasih Yang Tidak Bergema”, sebuah filem pendek sempena Aidilfitri arahan sulung Sofyank, seorang pencipta kandungan kreatif tersohor di Malaysia. Filem ini mengangkat tema kekeluargaan, pengorbanan, dan kasih sayang yang tidak terungkap, menyentuh sanubari penonton melalui penceritaan yang sarat dengan makna sebenar sambutan Raya. Projek ini mencerminkan komitmen Canon dalam memupuk bakat tempatan serta memperkasakan pencipta kandungan untuk menghasilkan karya visual yang bukan sahaja memberi inspirasi, tetapi juga dekat di hati penonton. Kolaborasi bersama Sofyank turut menyerlahkan peranan Canon dalam memacu industri kreatif negara dengan menyediakan peralatan sinematik yang membolehkan pembikin filem menghasilkan karya berkualiti tinggi.
Ketua Bahagian Perniagaan Komunikasi Imej Canon Marketing Malaysia, Edward Chang, berkata bahawa Canon sentiasa percaya dalam usaha memperkasa pencipta kandungan tempatan untuk terus mencabar sempadan kreatif dan menghasilkan karya yang bermakna. Sokongan terhadap kemunculan sulung Sofyank sebagai pengarah merupakan kesinambungan usaha Canon untuk memupuk dan mengangkat bakat Malaysia ke tahap lebih tinggi. Projek ini selari dengan falsafah Kyosei yang menekankan usaha menyatukan masyarakat melalui semangat kreativiti yang dikongsi bersama.

Buat julung kalinya, Sofyank beralih arah menjadi pengarah, mengambil tugasan lebih mencabar dengan mengarah barisan pelakon dan membentuk penceritaan berteraskan emosi berbanding kesan visual semata-mata. Langkah ini memperlihatkan dimensi baharu dalam perjalanan seninya dan menyerlahkan keupayaannya menyampaikan cerita dari sudut berbeza. Terkenal dengan penceritaan dan kandungan berasaskan kesan visual (VFX) yang mengagumkan, Sofyank berjaya menarik pengikut yang ramai merangkumi pelbagai platform media sosial. Peralihannya daripada pencipta kandungan digital kepada pembikin filem menandakan pencapaian penting dalam kerjayanya. Baru-baru ini, beliau dinaikkan daripada gelaran Canon EOS Master kepada EOS Filmmaker, peranan baharu yang membolehkan beliau meneroka naratif filem yang lebih luas dan menzahirkan emosi yang lebih mendalam serta kompleks.
Sofyank berkongsi bahawa pengalaman mengarah “Kasih Yang Tidak Bergema” merupakan pencapaian yang amat bermakna, memberi ruang untuk meneroka naratif lebih mendalam dan berkembang sebagai seorang pembikin filem. Beliau turut menghargai sokongan Canon dalam menyediakan alatan terbaik untuk fasa kreatif seterusnya. Filem ini menyelami makna kasih seorang ibu yang tidak selalu dizahirkan melalui kata-kata atau belaian, tetapi hadir melalui pengorbanan dan doa. Ia mengisahkan pengorbanan seorang ibu yang sering tidak disedari anaknya sehingga akhirnya kebenaran terungkai. Melalui curahan kasih sayang yang dianggap kecil setiap hari, filem ini mengingatkan bahawa kasih sayang tidak semestinya diluahkan dengan kata-kata, tetapi melalui pengorbanan yang memberi makna kepada hubungan kekeluargaan.

Filem ini dirakam sepenuhnya menggunakan kamera Canon EOS C50, membuktikan kehebatan teknologi pengimejan Canon dalam membantu pembikin filem mencapai kualiti visual sinematik bertaraf profesional. Kamera ini membolehkan pencipta seperti Sofyank merakam kedalaman emosi dan kecemerlangan visual yang diperlukan bagi memberikan kesan lebih mendalam kepada penonton. Komitmen berterusan Canon dalam memupuk bakat tempatan tidak hanya tertumpu kepada penyediaan teknologi canggih semata-mata, tetapi melalui inisiatif seperti ini, Canon membuka lebih banyak peluang kepada karyawan Malaysia untuk merealisasikan perspektif unik mereka, membawa mereka ke persada global dan memberi impak positif kepada landskap kreatif negara.
Tonton filem penuh di sini: Kasih tidak Bergema || Filem Pendek Raya 2026
Tonton di sebalik tabir di sini: Behind The Scene || Kasih Yang Tak Bergema