Era baharu kecantikan kini hadir di Sunway Pyramid! Ulike, jenama peranti penyingkir bulu No.1 dunia yang diiktiraf oleh Akademi Dermatologi Amerika (AAD), telah menjadikan Blue Atrium sebagai pusat teknologi kecantikan interaktif. Acara ini memperkenalkan inovasi terbaharu, termasuk Ulike Air10 Pro dan Ulike Clear Pro, memberikan pengalaman unik kepada pengunjung. Malaysia dipilih sebagai destinasi pertama dalam pengembangan global Ulike (SEA) yang membawa teknologi kecantikan canggih kepada pengguna serantau.

Kemuncak acara ini ialah kehadiran duta jenama, Zahirah Macwilson yang berkongsi pengalaman kecantikannya bersama Ulike. Dengan penuh pesona, beliau memperkenalkan kehebatan Ulike Air10 Pro dan Ulike Clear Pro, menarik perhatian peminat kecantikan. Aura beliau di atas pentas mencetuskan gelombang inspirasi, menandakan transformasi dalam dunia kecantikan moden.
Para pengunjung turut berpeluang menyertai cabaran interaktif bersama Zahirah Macwilson, Bella Astillah, serta pakar kecantikan terkenal seperti Dr. Say, Dr. Aen, Dr. Wina, Dr1 Share, dan Dr. Mya. Aktiviti menyeronokkan ini memberi peluang kepada peminat untuk lebih memahami manfaat peranti kecantikan Ulike dalam kehidupan seharian mereka.

Zahirah Macwilson berkongsi pengalamannya menggunakan Ulike Air10 Pro dengan berkata, “Memiliki kulit licin tanpa bulu meningkatkan keyakinan saya setiap hari. Dengan jadual yang sibuk, Ulike menjimatkan masa saya kerana saya tidak perlu lagi ke salon untuk rawatan. Ia lembut, tidak menyakitkan, dan amat mudah digunakan, memberikan hasil seperti rawatan profesional di rumah sendiri. Selain itu, Ulike Clear Pro membantu merawat kulit saya dengan teknologi pemulihan canggih, menjadikannya lebih berseri dan sihat.”
Christine Ho, Pengarah Pemasaran Ulike, menyatakan, “Kami di Ulike komited untuk menjadikan kecantikan lebih mudah dan berkesan. Ulike Air10 Pro membolehkan pengguna menikmati teknologi penyingkiran bulu IPL bertaraf profesional dengan keselesaan di rumah. Dengan sambutan luar biasa di Sunway Pyramid, kami semakin bersemangat untuk terus menginovasi dan membawa teknologi kecantikan terbaik kepada pengguna di seluruh Asia Tenggara.”

Acara ini berlangsung hingga 23 Mac, membolehkan pengunjung menjadi yang pertama mencuba Ulike Air10 Pro, Ulike Clear Pro, dan Ulike ReGlow LED Mask. Mereka juga dapat meneroka rutin kecantikan yang lebih pintar dan berkesan menerusi demonstrasi langsung serta promosi istimewa.
Ulike Air10 Pro menawarkan penyingkiran bulu sehingga 96% dalam hanya dua minggu, dengan teknologi Dual Lights dan Sapphire Ice Cooling untuk pengalaman hampir tanpa rasa sakit, termasuk di kawasan sensitif. Ulike Clear Pro pula membantu meningkatkan keserian kulit dengan tiga mod khas: NIR Mode untuk pencerahan, REDNESS Mode untuk mengurangkan kemerahan, dan BRIGHTEN Mode untuk menghilangkan bintik hitam serta kesan jerawat.

Sementara itu, Ulike ReGlow LED Mask membawakan teknologi penjagaan kulit bertaraf profesional dengan empat mod berbeza: Anti-Jerawat, Pencerahan, Peneguhan, dan Penyegaran. Dengan kuasa cahaya tinggi, ia mampu menangani pelbagai masalah kulit dalam tempoh singkat, memberikan hasil yang lebih cerah dan sihat.
Selain pameran produk, acara ini turut menampilkan aktiviti menarik, hadiah percuma, dan tawaran eksklusif pada waktu tertentu. Pengunjung boleh mengumpul empat cop dan mengikuti laman Facebook serta Instagram Ulike Malaysia untuk menebus hadiah eksklusif. Terdapat juga cabaran khas yang membolehkan peserta membawa pulang lebih banyak barangan premium dari Ulike.
Lebih daripada sekadar acara, Ulike meraikan masa depan teknologi kecantikan dengan solusi inovatif yang memudahkan pengguna. Untuk maklumat lanjut, ikuti laman Facebook, Instagram, dan TikTok Ulike Malaysia, atau layari laman web rasmi my.ulike.com untuk pengalaman membeli-belah yang lebih bijak dan eksklusif.