Syarikat ekosistem peranti AI terkemuka global, HONOR, dengan bangganya mengumumkan pencapaiannya sebagai jenama No. 1 dari segi pegangan pasaran keseluruhan telefon pintar di Malaysia buat pertama kali pada suku tahun keempat 2025. Kejayaan ini menandakan satu pencapaian penting bagi HONOR dalam salah satu pasaran mudah alih paling kompetitif di rantau ini.
Selain itu, HONOR turut menduduki kedudukan No. 1 dari segi nilai dalam segmen Android, mencerminkan permintaan pengguna yang kukuh terhadap rangkaian produk kelas pertengahan hingga premium. Prestasi memberangsangkan ini didorong oleh populariti telefon boleh lipat bertaraf industri serta model perdana terbaharu, HONOR Magic8 Pro, yang mencatatkan jualan habis terjual sepanjang tempoh prapesanan pada November dan Disember lalu.
Kepimpinan HONOR tidak terhad kepada telefon pintar sahaja. Pada suku yang sama, jenama ini turut merangkul kedudukan No. 1 dalam segmen tablet dari segi pegangan pasaran, sekali gus mencerminkan penerimaan meluas pengguna terhadap produk HONOR merentasi pelbagai kategori peranti.
Dengan pencapaian sebagai peneraju pasaran telefon pintar, HONOR semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai pilihan dipercayai rakyat Malaysia. Kejayaan ini dibina berasaskan kebolehpercayaan produk yang konsisten serta pelaksanaan inisiatif tempatan yang sejajar dengan keperluan harian pengguna. Antaranya termasuk kerjasama bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia menerusi inisiatif penghargaan kepada anggota bomba, yang turut menampilkan ketahanan HONOR X9d 5G sebagai simbol kekuatan dan daya tahan selari dengan cabaran petugas barisan hadapan.
Bagi memperkukuhkan lagi jenama di peringkat nasional, HONOR turut bekerjasama dengan MyDigital ID, menjadikannya jenama telefon pintar pertama yang memasang siap platform pengesahan identiti digital kebangsaan Malaysia pada perantinya. Integrasi ini membolehkan pengguna menikmati akses digital yang lebih selamat dan mudah, di samping menyokong agenda pendigitalan negara.
Digabungkan dengan kehadiran kukuh merentasi saluran jualan dalam talian dan fizikal, inisiatif-inisiatif ini menyumbang secara langsung kepada kepimpinan HONOR dari segi penghantaran unit telefon pintar, sekali gus memposisikan jenama ini bukan sekadar sebagai pilihan teknologi, tetapi sebagai sebahagian daripada kehidupan seharian rakyat Malaysia.
Kejayaan HONOR ke kedudukan teratas turut dipacu oleh penguasaannya dalam segmen pertengahan hingga premium, khususnya melalui Siri Magic. HONOR Magic V5 mentakrifkan semula jangkaan dalam kategori telefon boleh lipat dengan reka bentuk ultra-nipis tanpa menjejaskan ketahanan perkakasan atau prestasi perisian. Dengan mengekalkan harga yang kompetitif sambil menawarkan bateri lebih besar, keupayaan multitugas berasaskan AI yang dipertingkat serta rangka yang lebih tahan lasak, peranti ini menawarkan nilai unggul kepada golongan profesional yang mementingkan inovasi dan praktikaliti.
Sementara itu, HONOR Magic8 Pro menampilkan lima kelebihan utama merangkumi sistem kamera canggih, hayat bateri yang tahan lama, prestasi rangkaian yang stabil, kualiti paparan yang unggul serta kos penyelenggaraan yang lebih rendah. Kebolehpercayaan peranti ini diperkukuhkan lagi melalui pemilihannya sebagai Peralatan Fotografi Mudah Alih Terpilih Sempena Tahun Melawat Malaysia 2026, menjadikannya bukan sekadar sebuah telefon pintar, malah alat fotografi berkeupayaan profesional untuk merakam keindahan dan warisan Malaysia dalam pelbagai situasi.
Melangkah ke hadapan, HONOR terus meneroka format telefon pintar generasi seterusnya, termasuk Robot Phone yang dijadualkan untuk dipamerkan pada Mobile World Congress 2026, sekali gus menggariskan komitmen berterusan jenama ini terhadap inovasi dan masa depan teknologi mudah alih.
Dalam segmen tablet, HONOR mencatatkan kejayaan tersendiri apabila menguasai 30 peratus pegangan pasaran pada suku keempat 2025. Pencapaian ini didorong oleh ekosistem segenap senario yang membolehkan kesalinghubungan lancar antara peranti HONOR, memudahkan peralihan pengguna antara kerja, pembelajaran dan hiburan. Melalui HONOR Connect, pengguna boleh memindahkan fail dengan mudah antara telefon pintar dan tablet HONOR, serta dengan peranti iPad dan iPhone. Di samping itu, HONOR membezakan penawarannya melalui nilai serba lengkap, apabila setiap tablet dijual bersama papan kekunci pintar dan pensel tanpa kos tambahan.
HONOR turut menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam pasaran komputer riba, dengan siri MagicBook berada dalam kelompok tiga teratas bagi segmen komputer riba premium di Malaysia. Antara penyumbang utama ialah HONOR MagicBook Art 14 yang menampilkan reka bentuk ultra-nipis setebal 1 sentimeter serta kamera magnetik boleh tanggal yang inovatif, sekali gus meningkatkan privasi dan keyakinan pengguna terhadap keupayaan reka bentuk dan inovasi fungsional HONOR.
Secara keseluruhan, kepimpinan pasaran HONOR didorong oleh inovasi bertaraf industri dalam AI, perkakasan dan ekosistem peranti yang lancar. Disokong oleh kehadiran berbilang saluran yang kukuh serta kerjasama strategik tempatan yang berterusan, HONOR terus menetapkan penanda aras bagi teknologi premium di Malaysia. Pencapaian sepanjang 2025 ini meletakkan asas yang kukuh untuk pertumbuhan berterusan dalam segmen telefon pintar kelas tinggi, komputer riba dan ekosistem berbilang peranti.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my/.












