ELIZAD TERTEKAN! KEPUTUSAN KAHWIN DIPERSOAL, TIDAK DAPAT ZURIAT JADI BEBAN JIWA?! – 2024

elizad

Di balik tirai kemewahan majlis resepsi Amir (Syarul Ezani) dan Emilia (Elizad Sharifuddin) yang gemilang, tersembunyi konflik keluarga yang penuh ketegangan.

Majlis yang dipenuhi dengan gemerlapan dan pujian untuk Emilia (Elizad Sharifuddin) , ternyata menyemai benih cemburu dalam diri Azizah (Fauziah Ahmad Daud). Dengan hasrat yang membara untuk mempertahankan kedudukannya, Azizah mengatur strategi licik untuk menggoyahkan bahtera perkahwinan yang baru dibina, berusaha meruntuhkan kebahagiaan pasangan ini dengan cara yang penuh intrik dan tipu daya.

Sejak Emilia (Elizad Sharifuddin) memutuskan untuk tinggal bersama mentuanya, dia telah berusaha keras untuk menambat hati Azizah, namun setiap usaha tampak gagal. Pada suatu pagi, Emilia (Elizad Sharifuddin) bangun awal untuk menyediakan sarapan, bukan untuk menggantikan tugas Azizah, tetapi sebagai usaha untuk menunjukkan perhatian dan keprihatinannya. Tindakan ini membuat Azizah marah, kerana dia merasa Emilia (Elizad Sharifuddin) cuba mengambil alih peranannya. Husin, yang berselera dengan hidangan sarapan yang dihidangkan oleh Emilia, meluahkan pujiannya, sementara Emilia (Elizad Sharifuddin) terus berusaha menyenangkan hati Azizah dengan memuji dapur Azizah yang tersusun rapi dan memudahkan penyediaan makanan.

Ketegangan memuncak apabila Husin secara tiba-tiba menyuarakan harapannya agar rumah mereka tidak lama lagi dipenuhi dengan keriuhan suara cucu-cucu.Azizah, melihat ini sebagai peluang untuk mencetuskan konflik, dengan sinis memperli Emilia (Elizad Sharifuddin) tentang kemampuannya untuk memberikan zuriat dek kerana usianya yang semakin meningkat.

Hmm, cucu cucu? Yang sorang tu ada dah memang riuh rendah dah. Kan Adam? Mimi ni, InShaAllah kot. Yang tu, tu boleh berikan kita zuriat ke tidak ?! – Kata Azizah dalam nada sinis dan menunjuk ke arah Emilia

Azizah, yang merasa kedudukannya terancam oleh kejayaan menantunya Emilia, semakin berang apabila suaminya, Husin, dan anaknya, Amir, terus-menerus memuji Emilia. Terlebih lagi, apabila Emilia dicalonkan untuk Anugerah Usahawan Muda. Dengan rasa cemburu yang mendalam, Azizah memperkotak-katikkan Emilia dengan menuduhnya memanfaatkan pengaruh orang dalam untuk meraih kejayaan tersebut

Tanpa disangka-sangka, Azizah sekali lagi merancang langkah seterusnya untuk menggugat kebahagiaan Emilia dan Amir. Dengan niat tersembunyi, Azizah mendesak Emilia menjalani pemeriksaan kesihatan dan kesuburan, bertujuan untuk meragui kemampuan Emilia dalam memberikan zuriat dan mencetuskan ketegangan dalam rumah tangga mereka.

“Ibu nak keturunan, untuk meneruskan legasi bisnes keluarga ini. Bukan setakat ni je, you kena buat pemeriksaan awal supaya you boleh tahu you ada masalah kesihatan ataupun kesuburan?.” Tegas Azizah


“Ibu tak rasa macam cepat sangat ibu? Sebab saya kan baru sangat je kahwin dengan Amir.” Jawab Emilia
“Kalau you ada masalah kesuburan, you masih lagi ada peluang untuk membuat rawatan untuk mendapatkan zuriat. So, ibu akan buat appointment dengan Dr Hamidah.” Ujar Azizah


“Aaa, nanti Amir balik saya bincang dengan dia dulu ye bu?” Kata Emilia lagi
“Tak payah!, Amir tu akan setuju je dengar cakap ibu. Lagipun, Abah nak kan keturunan daripada Amir dan you! Dia nak rumah ni dipenuhi dengan cucu cucu supaya lebih meriah katanya.” Tegas Azizah lagi

Emilia, dalam keadaan terkedu, tidak mampu berkata apa-apa dan terus terdiam dengan desakan Azizah. Namun, adakah dia akan akur dengan permintaan mertuanya untuk menjalani ujian kesuburan? Mampukah dia memenuhi harapan keluarga untuk mendapatkan zuriat? Atau apakah perancangan licik Azizah seterusnya jika keputusan ujian tidak memihak kepadanya?

Adakah ujian ini akan menjadi percikan api yang menghancurkan keutuhan rumah tangga Amir dan Emilia?Jangan ketinggalan untuk menonton Mentua  menerusi slot Lestary malam ini, setiap hari Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam di TV3 atau anda juga boleh strim melalui Tonton di www.tonton.com.my, muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play atau App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *