Berbelanja di Suria KLCC dan Menangi E-Baucar RM5,000 dalam Kempen ‘Golden Ticket’!

Suria KLCC, yang terkenal sebagai pusat beli-belah ikonik di Malaysia, melancarkan semula Kempen ‘Golden Ticket’ yang dinanti-nantikan. Hari ini, Suria KLCC mengadakan majlis pembukaan kempen tersebut bersama rakan media dan pempengaruh terkenal. Kempen ini menawarkan pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung dari 11 hingga 26 Mei.

Untuk merayakan ulang tahun kelima Kempen ‘Golden Ticket’, para peserta berpeluang memenangi e-Baucar Beli-Belah Suria KLCC bernilai RM5,000. Bertemakan karnival, dekorasi kempen kali ini akan menampilkan sesi cabutan di Centre Court, di mana 100 kotak misteri disediakan. Satu daripada 100 kotak tersebut mengandungi hadiah utama berupa ‘Golden Ticket’ (e-Baucar RM 5,000), ‘Purple Ticket’ (e-Baucar RM50), atau penambahan hadiah terbaru untuk tahun 2024, iaitu ‘Silver Ticket’.

‘Silver Ticket’ yang diperkenalkan pada tahun ini membawa sentuhan mewah yang memukau. Pemenang ‘Silver Ticket’ berpeluang memenangi barangan mewah seperti gelang Bvlgari, dompet wanita Dior, selendang eksklusif Fendi, beg selempang Gucci, pengering rambut Dyson, rantai emas Luk Fuk, telefon pintar iPhone 15 Pro, kerusi urut Osim, dompet Prada, beg selempang Saint Laurent, Samsung Galaxy Z-Flip 5, rantai berlian Tomei, dan beg bagasi Tumi.

Untuk menyertai kemeriahan kempen ini, para pembeli hanya perlu berbelanja RM1,000 dalam dua resit di mana-mana kedai terpilih. Para pemenang ‘Golden Ticket’ dan ‘Silver Ticket’ akan diraikan di “Wall of Winners”, di mana foto dan video mereka akan dipaparkan di skrin berputar di Centre Court.

Para pembeli akan menerima undangan untuk merasai suasana riang taman karnival, di mana mereka boleh mengambil bahagian dalam perlbagai aktiviti karnival sepanjang tempoh kempen berlangsung. 100 pembeli pertama untuk setiap hari akan menerima sebuah token hadiah. Para pembeli juga berpeluang untuk merakam detik berharga di kios foto yang mana mereka juga akan mendapat salinan foto tersebut secara percuma.

Hujung minggu lebih bermakna dengan kepelbagaian aktiviti menarik seperti aktiviti lukisan muka dan belon pusing.

“Seiring dengan pelancaran edisi kelima kempen The Golden Ticket ini, kami berbesar hati untuk meneruskan tradisi kami dalam mencipta memori dan memberi ganjaran kepada pelanggan setia kami.

“Kempen ini menjadi lebih istimewa apabila setiap pelanggan adalah pemenang! Kami amat komited dalam memastikan para pelanggan kami berpeluang untuk menikmati pengalaman beli-belah yang lebih bermakna selain dari melihat usaha ini sebagai sebuah budaya beli-belah yang sihat di Kuala Lumpur,” ucap Francis Tan, Ketua Pengarah Urusan, Suria KLCC Sdn Bhd.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai peraduan ‘The Golden Ticket’ dalam talian, yang menawarkan hadiah menarik di platform media sosial Suria KLCC.

Pusat Beli-Belah Alamanda

Di Alamanda Putrajaya, Kempen ‘Golden Ticket’ bakal berlangsung dari 18 Mei sehingga 3 Jun.

Seiring dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang berlangsung di Suria KLCC, para pembeli yang berbelanja RM500 ke atas melalui dua resit dari kedai kedai terpilih berpeluang untuk menyertai kempen ini. Lokasi kempen ini yang menampilkan 50 kotak misteri bakal menanti para peserta di ruang legar aras G.

Para peserta berpeluang untuk memenangi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM1,000 dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda atau ‘Yellow Ticket’ juga dalam bentuk Baucar Pusat Beli-Belah Alamanda.

50 cabutan tiket akan dilakukan setiap hari yang terdiri daripada sekeping ‘Golden Ticket’ dan 49 keping ‘Yellow Ticket’. Tidak kurang dari itu, 3 pemenang bertuah berpeluang untuk memenangi sebuah iPad jenama Apple melalui cabutan bertuah eksklusif yang akan diadakan selepas kempen tersebut.

Setiap tiket yang tidak ditebus akan dibawa ke hari yang seterusnya. Secara tidak langsung, para pengunjung mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk membawa pulang ganjaran hebat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *