Platform penstriman pilihan ramai, Tonton, tampil dengan kelainan menerusi pelancaran kempen terbaharu Tonton Ajar Mandarin, sebuah inisiatif yang menggabungkan elemen hiburan dan pembelajaran bahasa dalam satu pengalaman unik untuk para pengguna. Kempen ini menawarkan pendekatan segar yang membolehkan penonton menikmati kandungan sambil mempelajari bahasa baharu secara santai dan interaktif.
Inisiatif ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Tonton sebagai destinasi penstriman utama di Malaysia, malah membuka peluang kepada penonton untuk meneroka pelbagai kandungan bahasa Cina berkualiti tinggi. Pada masa yang sama, ia mencerminkan komitmen Tonton dalam menyediakan hiburan yang lebih inklusif melalui pilihan kandungan yang lebih meluas, melangkaui barisan drama Melayu sedia ada.
Menerusi kerjasama strategik bersama pusat bahasa terkemuka, Inter-Cultural Language School (ICLS), Tonton memperkenalkan pengalaman pembelajaran Mandarin yang eksklusif dan berbeza. Dengan langganan serendah RM9.90 sebulan, pelanggan TontonUp bukan sahaja dapat menikmati pelbagai kandungan premium, malah berpeluang menebus Kelas Percubaan Mandarin Percuma secara maya melalui Tonton Rewards.

Sesi pembelajaran selama satu jam ini akan dikendalikan oleh tenaga pengajar profesional ICLS menerusi aplikasi Zoom. Silibus kelas dirangka menggunakan frasa harian serta dialog daripada klip drama Cina terpilih di Tonton, sekali gus membantu peserta meningkatkan kemahiran bertutur dan kefahaman konteks dalam suasana pembelajaran yang santai, praktikal dan menyeronokkan.
Selain itu, pelanggan yang mendaftar kursus bahasa Mandarin di ICLS turut menikmati pengecualian yuran pendaftaran bernilai RM50. Mereka juga berpeluang menebus baucar daripada Baskin Robbins dan Pizza Hut menerusi Tonton Rewards sebagai ganjaran tambahan.
Bukan sekadar pembelajaran bahasa, penonton juga berpeluang menyertai pertandingan khas dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bernilai RM800. Untuk menyertai pertandingan ini, pelanggan hanya perlu melanggan Tonton, menebus kelas percubaan melalui Tonton Rewards dan menghadiri sesi pembelajaran tersebut. Pemenang tempat pertama bakal membawa pulang RM500, diikuti RM200 untuk tempat kedua dan RM100 bagi tempat ketiga.

Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kemahiran bahasa Mandarin sambil menikmati kandungan hiburan berkualiti. Layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi Tonton hari ini untuk mula melanggan dan menyertai kempen Tonton Ajar Mandarin.