AGIHAN BANTUAN DI CHOWKIT KEPADA RAKAN JALANAN

Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah telah mengadakan program sumbangan bakul makanan bersempena dengan Hari Raya Aidilfitri di sekitar Kuala Lumpur dan Chow Kit baru-baru ini. Lebih kurang 100 bakul makanan telah ditaja oleh MAIWP (Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan) dan diserahkan kepada golongan gelandangan yang berada di sekitar chow kit.

Dalam program tersebut, telah pun berjaya mengagihkan sumbangan buat rakan jalanan di Chow Kit. Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah dengar kerjasama MAIWP menyumbangkan dalam bentuk makanan kering dan makanan juadah raya.

Pada masa sama, katanya, program sebegini bertujuan mendekati mereka dan menerapkan nilai-nilai positif dalam diri.

Terima kasih juga kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang telah memberi peluang kepada pihak Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah untuk bersama-sama menjayakan program menyantuni rakan jalanan di Chow Kit.

Dengan Aktiviti menyantuni rakan jalanan ini akan diteruskan di bulan-bulan lain. Selain rakan jalanan, golongan asnaf juga menjadi sasaran Pertubuhan Jalinan Mawaddah Wa Rahmah untuk dibantu. Selain membantu menerima keperluaan asas, pendekatan ini adalah salah satu cara untuk menyampaikan nilai dan pendidikan Islam kepada mereka disamping menimbulkan rasa selesa dijiwa mereka bahawa masih ada yang mengambil berat tentang penderitaan mereka. Insha’Allah.

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *