Memperkasa konsep ‘Travel+’ melalui integrasi budaya tempatan, kelestarian alam, dan pemanduan bermakna yang merapatkan hubungan masyarakat.

Sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia pada 27 September, JETOUR Malaysia menegaskan komitmennya terhadap falsafah mobiliti Travel+, iaitu pendekatan yang melihat perjalanan jauh melangkaui sekadar sampai ke destinasi. Melalui penyepaduan budaya tempatan, penerokaan aktiviti luar, serta hubungan komuniti yang bermakna, jenama automotif ini bermatlamat memperkayakan setiap pengalaman perjalanan di jalan raya Malaysia. Pendekatan ini dizahirkan secara nyata menerusi penglibatan JETOUR Malaysia sebagai Penaja Utama dan Rakan Kereta Rasmi bagi temasya Malaysia Sarong Music Run 2026 di KLCC pada 19 September lalu, yang berjaya menghimpunkan lebih 20,000 peserta dalam suasana penuh warna-warni muzik dan warisan tempatan.

Acara berskala besar tersebut turut dimeriahkan dengan konvoi melibatkan lebih 100 orang pemilik kenderaan JETOUR di sekitar pusat bandar raya Kuala Lumpur, di samping pelancaran rasmi model hibrid plug-in terbaharu mereka, JETOUR T2 i-DM PHEV. Memeriahkan lagi suasana malam kemuncak, pertunjukan formasi dron menghiasi ruang udara KLCC dengan paparan mesej “TRAVEL WITH JETOUR”, “World Tourism Day”, dan “Visit Malaysia 2026 – 2027”, sekali gus mempromosikan keunikan budaya serta sektor pelancongan Malaysia kepada khalayak antarabangsa menerusi siaran platform global JETOUR.

Bagi memastikan impak pengembaraan yang mampan dan berpanjangan, JETOUR Malaysia mengukuhkan kerjasama strategik jangka panjang selama tiga tahun bersama penganjur Malaysia Marathon bagi tempoh 2027 hingga 2029 untuk terus menyemarakkan gaya hidup luar aktif. Pada masa sama, komitmen pemuliharaan alam sekitar digerakkan menerusi kolaborasi bersama Marine Conservation and Research Organisation Malaysia (PULIHARA) serta Turtle Conservation Society of Malaysia (TCS). Wakil kedua-dua badan bukan kerajaan ini turut dilantik sebagai JETOUR Travel Ambassadors, mencerminkan aspirasi jenama dalam menerapkan tanggungjawab memelihara ekosistem semula jadi sepanjang aktiviti kembara.

Melalui visi global “In somewhere, for somewhere, Be somewhere”, Presiden JETOUR International, Encik Ke Chuandeng, menekankan bahawa peranan mobiliti adalah merapatkan hubungan dengan komuniti dan budaya setempat. Sejak mula menembusi pasaran tempatan pada April 2024 dengan gelaran “The Travel Expert”, JETOUR Malaysia terus memacu penawaran SUV berkualiti tinggi dan berteknologi canggih di bawah slogan “Drive Your Future”, menyediakan kenderaan versatil yang menyokong pemanduan harian mahupun aktiviti pengembaraan hujung minggu.