Bukti Revolusi Kamera Mudah Alih: Lensa HONOR Magic9 Pro Max Hidupkan Sekuel Emosi Dear You

KUALA LUMPUR – Filem pecah panggung kegemaran ramai, Dear You (给阿嬷的情书), kembali menemui penonton sempena sambutan Perayaan Kuih Bulan menerusi sebuah epilog baharu bertajuk The Sea Between Us (海的两端). Naskhah yang sarat dengan emosi ini menyaksikan kepulangan Wang Yantong yang membawakan semula watak utamanya, Zheng Musheng. Apa yang lebih menarik perhatian, keseluruhan pembikinan kisah menyentuh hati ini dirakam sepenuhnya menggunakan telefon pintar yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, HONOR Magic9 Pro Max, sekali gus membuktikan kemampuan teknologi pengimejan mudah alih dalam menghidupkan karya sinematik bermutu tinggi.

Berlatarbelakangkan suasana sambutan Perayaan Kuih Bulan, The Sea Between Us mengangkat tema kerinduan rentas generasi yang begitu dekat di hati mereka yang berada jauh dari kampung halaman. Kisah ini menjadi cerminan realiti buat warga kota yang bertungkus-lumus bekerja di Kuala Lumpur, para pelajar di perantauan, mahupun mereka yang tidak berkesempatan pulang beraya bersama keluarga tersayang. Jika dahulu warkah tulisan tangan menjadi satu-satunya penghubung yang menuntut kesabaran, kemajuan teknologi hari ini membolehkan panggilan suara atau pesanan ringkas merapatkan jurang jarak dalam sekelip mata.

Kualiti visual epilog ini tampil luar biasa hasil kehebatan HONOR Magic9 Pro Max yang dibangunkan bersama ARRI jenama ikonik berusia lebih seabad dalam industri pengimejan sinematik global. Terkenal menerusi pembikinan filem-filem blockbuster Hollywood dan karya bertaraf anugerah antarabangsa, kepakaran sains warna ARRI kini diterapkan ke dalam peranti pintar ini. Gandingan ini berjaya mencipta semula estetika visual layar perak menerusi tona kulit yang hangat dan semula jadi, perincian lapisan cahaya dan bayang yang mendalam, serta keseimbangan kontras yang memukau bagi menyampaikan emosi cerita secara optimum kepada penonton.