HUAWEI Malaysia secara rasmi memperkenalkan HUAWEI MatePad Pro Max ke pasaran tempatan, sebuah tablet flagship premium yang direka untuk memenuhi keperluan profesional, pelajar serta pencipta kandungan moden. Menggabungkan reka bentuk ultra nipis dengan prestasi tinggi serta ciri produktiviti berasaskan kecerdasan buatan (AI), peranti ini menawarkan pengalaman bekerja, belajar dan berkarya yang lebih lancar dalam satu peranti serba boleh.
Dengan ketebalan hanya 4.7mm dan berat sekitar 509 gram, HUAWEI MatePad Pro Max tampil sebagai antara tablet flagship paling nipis dalam kelasnya. Reka bentuk yang ringan memudahkan pengguna membawanya ke mana sahaja, sama ada ke pejabat, kampus, studio mahupun ketika bekerja secara mobil tanpa mengorbankan prestasi.
Bagi meningkatkan produktiviti harian, HUAWEI membawakan AI-powered PC-level WPS Office yang menawarkan pengalaman hampir setanding komputer riba. Pengguna boleh menghasilkan dokumen, membina pembentangan, menyunting kandungan serta menganalisis data dengan lebih pantas dan cekap menggunakan bantuan teknologi AI.
Pengalaman penggunaan menjadi lebih lengkap apabila dipadankan dengan HUAWEI Glide Keyboard serta HUAWEI M-Pencil Pro. Gabungan aksesori ini memberikan pengalaman menaip dan menulis yang lebih semula jadi, sekali gus menjadikan HUAWEI MatePad Pro Max sesuai digunakan sebagai alternatif kepada komputer riba untuk tugasan harian.
Turut melengkapkan ekosistem produktiviti ialah aplikasi HUAWEI Notes yang kini dipertingkatkan dengan pelbagai fungsi pintar. Antaranya termasuk AI Handwriting Enhancement untuk memperkemaskan tulisan tangan, AI Equation Recognition bagi mengenal pasti formula matematik, Note Replay untuk mengulang semula sesi nota, Resource Center serta keupayaan kolaborasi dalam talian yang memudahkan perkongsian dan penyuntingan bersama.
Bagi golongan kreatif pula, HUAWEI GoPaint menawarkan platform lukisan digital profesional yang dibangunkan khas untuk memenuhi keperluan artis, ilustrator dan pereka grafik. Aplikasi ini menyediakan pelbagai pilihan berus realistik serta alat lukisan intuitif yang membolehkan pengguna menghasilkan lakaran, ilustrasi dan karya seni digital dengan lebih tepat serta kreatif.
Gabungan prestasi tinggi, ciri AI dan ekosistem aksesori menjadikan HUAWEI MatePad Pro Max bukan sekadar tablet biasa, malah sebuah stesen kerja mudah alih yang mampu menyokong pelbagai gaya kerja moden. Sama ada untuk tugasan pejabat, pembelajaran, pembentangan mahupun penghasilan kandungan kreatif, peranti ini direka untuk memberikan fleksibiliti maksimum kepada pengguna.
HUAWEI MatePad Pro Max kini boleh dimiliki pada harga RM5,999 di semua HUAWEI Experience Store, laman web rasmi HUAWEI Malaysia serta kedai rasmi HUAWEI di Shopee, Lazada dan TikTok Shop. Sebagai promosi pelancaran, setiap pembelian turut didatangkan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM3,154 termasuk HUAWEI M-Pencil Pro, HUAWEI Wireless Mouse, AI-powered PC-level WPS Office, AI-powered HUAWEI Notes, jaminan APAC selama setahun serta perlindungan PaperMatte Display Care selama setahun yang merangkumi dua kali perlindungan.











