Lebih 4,000 Peserta Meriahkan Spectacular 2026 Sempena 20 Tahun Herbalife Malaysia

Herbalife, sebuah syarikat, komuniti serta platform kesihatan dan kesejahteraan terkemuka, meraikan ulang tahun ke-20 operasinya di Malaysia dengan memperkasa rakyat untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan aktif menerusi acara tahunan, Spectacular 2026.

Menurut Steven Chin, Pengarah Kanan dan Pengurus Herbalife Malaysia dan Singapura, pertumbuhan Herbalife mencerminkan kepentingan mengekalkan tahap kesihatan yang baik dalam kalangan rakyat Malaysia, memandangkan lebih separuh populasi dewasa negara ini berdepan isu berat badan berlebihan atau obesiti. Sebagai jenama minuman protein nombor satu dunia, jenama pemakanan aktif dan gaya hidup nombor satu, serta jenama pengurusan berat badan dan kesejahteraan terkemuka, Herbalife membawa kepakaran berasaskan sains bertaraf global yang disampaikan secara tempatan melalui pendekatan komuniti yang kukuh. Melalui pendidikan, bimbingan dan sokongan berterusan, syarikat membantu individu membina tabiat hidup yang lebih baik. Sepanjang dua dekad lalu, Herbalife berbangga memperkasa ribuan usahawan kesejahteraan, sama ada secara sepenuh masa atau fleksibel, bagi membina masa depan yang lebih baik serta meningkatkan tahap kesihatan komuniti.

Steven Chin, Senior Director and Manager of Herbalife Malaysia and Singapore, at Spectacular 2026.

Beliau turut menjelaskan bahawa pelbagai inisiatif seperti Kempen Gaya Hidup Sihat dan Aktif, Kempen Sarapan Sihat, Cabaran Membakar Sejuta Kalori, Cabaran Transformasi Badan serta Kempen ‘Check In’ Kesejahteraan Nasional telah berjaya memberi inspirasi kepada ribuan rakyat Malaysia untuk lebih prihatin terhadap kesihatan diri. Herbalife merakamkan penghargaan kepada pengedar, pelanggan, kakitangan dan rakan kongsi atas sokongan berterusan yang menjadikan pencapaian ini satu realiti, sambil menegaskan komitmen syarikat untuk terus membantu lebih ramai rakyat Malaysia menjalani kehidupan yang lebih sihat.

Berlangsung dari 23 hingga 25 Januari di Pusat Konvensyen Setia City, acara tiga hari Spectacular 2026 menghimpunkan lebih 4,000 pengedar dari seluruh negara bagi tujuan pembangunan kepimpinan, latihan perniagaan dan pengiktirafan pencapaian. Acara ini turut menampilkan pemimpin antarabangsa serta penceramah jemputan yang berkongsi pandangan, menyuntik inspirasi dan membantu peserta meningkatkan kemahiran melalui amalan terbaik dalam kepimpinan dan perniagaan.

Herbalife celebrates 20 years in Malaysia, inspiring healthier, more active lives and stronger communities

Dalam acara sama, Herbalife turut memperkenalkan produk baharu Campuran Pekat Aloe Herbal Perisa Anggur, sekali gus meluaskan rangkaian sedia ada yang merangkumi perisa Asli, Mangga dan Mandarin. Ditawarkan untuk tempoh terhad, minuman berasaskan aloe ini menyokong kesihatan sistem penghadaman dan boleh dinikmati secara sendiri atau dibancuh bersama produk Herbalife yang lain. Menurut Steven Chin, pengenalan produk ini menegaskan komitmen syarikat terhadap penyelesaian nutrisi berasaskan sains yang menyokong gaya hidup lebih sihat, di samping mengukuhkan dedikasi Herbalife dalam menawarkan inovasi pemakanan kepada rakyat Malaysia.

Selain inovasi produk, Herbalife terus memperkukuh pendidikan nutrisi dan mempromosikan gaya hidup aktif melalui kerjasama strategik dengan universiti, badan profesional dan rakan kerajaan. Antara kerjasama tersebut termasuk Universiti Teknologi MARA, Universiti Tunku Abdul Rahman dan Persatuan Pemakanan Malaysia bagi menyokong program yang mengaplikasikan ilmu sains sukan dan nutrisi dalam pembelajaran praktikal serta pendidikan komuniti. Pada tahun-tahun terdahulu, Herbalife juga bekerjasama dengan Institut Sukan Negara, Persatuan Perubatan Sukan Malaysia, Persatuan Sains Sukan dan Senaman Malaysia serta Kementerian Belia dan Sukan bagi menyokong inisiatif yang menggalakkan tabiat hidup sihat dan aktif merentas pelbagai peringkat umur.

Di samping itu, Herbalife komited menyokong komuniti melalui program Casa Herbalife di bawah Yayasan Keluarga Herbalife, iaitu organisasi bukan keuntungan dan sayap filantropi syarikat. Sepanjang 20 tahun lalu, program ini telah memberi manfaat kepada lebih 3,000 kanak-kanak dan menyalurkan lebih RM5 juta dalam bentuk geran, sekali gus mempromosikan literasi nutrisi serta menyokong komuniti yang memerlukan.

Spectacular 2026 brought together leaders, distributors, and wellness enthusiasts for training, recognition, and inspiration at Herbalife’s annual flagship event.

Herbalife mula beroperasi di Malaysia pada tahun 2006 sebagai pasaran ke-61 syarikat di peringkat global dan sejak itu berkembang menjadi rangkaian seluruh negara dengan lebih 1,100 kelab nutrisi. Rangkaian ini menjadikan panduan nutrisi berasaskan sains serta sokongan kesejahteraan lebih mudah diakses oleh komuniti di seluruh Malaysia.