Buat pencinta drama Korea yang gemar jalan cerita mendebarkan dan penuh emosi, bersiap sedialah untuk menyaksikan ‘The Defects’, sebuah drama thriller yang mengangkat isu pemerdagangan kanak-kanak dalam dimensi yang belum pernah diterokai. Kini boleh distrim eksklusif di Tonton, serentak dengan tayangan di Korea Selatan.
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Yum Jung-ah, Won Jina, Choi Young Jun, serta kemunculan semula Kim Jin Young (DEX) dalam dunia lakonan, ‘The Defects’ membawa penonton menyelami sebuah naratif penuh konflik, pengkhianatan dan kebangkitan daripada trauma silam. DEX, yang sebelum ini dikenali menerusi program realiti dan latar belakang ketenteraannya, tampil dengan watak berlapis dan penuh misteri yang pastinya mencuri tumpuan.
Mengisahkan sekumpulan kanak-kanak yang diambil secara haram melalui sistem anak angkat tidak sah, mereka kemudiannya menjadi mangsa kepada sindiket pemerdagangan manusia yang dikendalikan oleh Kim Se-Hee (Yum Jung-ah), seorang doktor ternama yang hidupnya berlapis penipuan. Di bawah arahannya, sindiket ini memperkenalkan polisi kejam “jaminan pemulangan”, di mana kanak-kanak boleh ‘dibuang’ jika tidak menepati kehendak ibu bapa angkat.
Namun harapan muncul melalui watak Kim A-Hyeon (Won Jina), salah seorang mangsa yang berjaya meloloskan diri. Dengan semangat membara untuk menebus masa silam, dia bangkit sebagai suara perjuangan bagi anak-anak yang telah ditindas. Dia memimpin satu gerakan berani untuk membongkar kebobrokan sistem dan menuntut keadilan.

Berasal daripada webtoon popular yang pernah menerima Anugerah Kreatif Terbaik di International Content Market SPP 2017, ‘The Defects’ tampil bukan sekadar untuk menghibur, tetapi turut membuka mata penonton terhadap isu sebenar eksplotasi kanak-kanak yang berlaku dalam masyarakat. Dengan sntuhan yang menyentuh emosi, sinematografi yang kelam dan menyayat hati, serta lakonan cemerlang barisan pelakonnya, drama ini pantas mencuri perhatian sebagai antara naskhah paling berkesan tahun ini.
Kehadiran DEX dalam siri ini sebagai watak Jung Hyeon, individu penting dalam sindiket tersebut, menunjukkan sisi lakonannya yang lebih matang dan serius. Transformasi DEX daripada figura realiti kepada pelakon serba boleh sememangnya patut dipuji, dan peminat pastinya teruja melihat kehebatan aksinya dalam dunia fiksyen yang kelam ini.
‘The Defects’ kini distrim secara eksklusif di Tonton, dengan episod baharu setiap Isnin dan Selasa jam 10 malam, serentak dengan siaran di Korea. Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti perjalanan penuh emosi dan ketegangan dalam usaha membongkar kebenaran yang selama ini tersembunyi.
Dalam masa sama, jangan lepaskan dua episod terakhir drama sensasi ‘S LINE’ yang akan menemui penonton Jumaat ini, 25 Julai jam 10 pagi, juga hanya di Tonton. Penamat yang dinanti-nantikan ini pastinya meninggalkan kesan mendalam buat para peminat K-drama.
Untuk kemas kini terkini dan kandungan eksklusif, ikuti Tonton di semua platform media sosial melalui @tontonmy di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram. – Tehtariktimes