Harga Hangat Kembali di Lotus’s!

Lotus's

Kuala Lumpur, 19 Jun 2025 – Lotus’s Malaysia sekali lagi menggamatkan suasana membeli-belah dengan kemunculan semula kempen promosi ‘Harga Hangat’ yang berlangsung dari 19 Jun hingga 30 Julai 2025. Kempen yang sangat dinanti-nantikan ini diadakan di semua 70 cawangan Lotus’s seluruh negara serta platform dalam talian, menawarkan lebih 360 barangan keperluan harian pada harga mampu milik.

Dengan penjimatan sehingga 30 peratus, pelanggan boleh mendapatkan pelbagai barangan seperti produk dapur, makanan sejuk beku, keperluan rumah dan juga produk bukan makanan. Antara tumpuan utama kali ini adalah lebih 90 unit barangan jenama Lotus’s sendiri seperti produk bayi Cute+Care, minuman 3-dalam-1, makanan dalam tin, burger sejuk beku, piza, susu UHT, snek dan biskut semuanya eksklusif di Lotus’s dan dijamin berkualiti.

Sebagai komitmen membantu rakyat Malaysia mengatasi kos sara hidup yang tinggi, Lotus’s telah melaburkan lebih RM4 juta dalam kempen ini. Pelanggan boleh mengenalpasti promosi ini dengan mudah menerusi tag bertanda merah ‘Harga Hangat’ di stor fizikal dan juga di Lotus’s Shop Online.

Bukan setakat itu, penjimatan hebat di Lotus’s berterusan sepanjang tahun melalui pelbagai promosi dan tawaran eksklusif untuk ahli My Lotus’s. Diskaun sehingga 50% tersedia untuk ahli, selain Hari My Lotus’s yang diadakan setiap hari Rabu minggu kedua setiap bulan menawarkan lebih banyak peluang penjimatan.

Lotus’s terus komited memastikan barangan keperluan kekal mampu milik, seiring usaha mereka memberikan nilai terbaik kepada pengguna di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai promosi dan aktiviti terkini, pelanggan boleh melayari laman web rasmi di https://corp.lotuss.com.my/ atau mengikuti saluran media sosial mereka di Facebook (@LotussMalaysia), Instagram (@lotussmalaysia) dan TikTok (@lotussmalaysia). – Tehtariktimes