Duo Sepupu Hebat, Tomok dan Sharul Kamal Muncul Juara Minggu Pertama FAMILI DUO 4!

Juri terpesona! Dengan standing ovation dan markah sempurna 10 dari kedua-dua juri, duo sepupu Tomok dan Sharul Kamal telah mencetuskan fenomena yang menggemparkan pentas FAMILI DUO 4!

Tomok dan Sharul Kamal tidak mengecewakan dengan persembahan menakjubkan mereka, menyanyikan lagu “Aku Penghiburmu” dan “Gerhana,” yang asalnya dinyanyikan oleh Jamal Abdillah dan M. Nasir. Mereka telah menerima markah sempurna 10 dan wang tunai mingguan sebanyak RM10,000! Kemenangan ini mendapat sambutan hangat dengan standing ovation dari juri tetap, Mas Idayu dan Datuk Rosyam Nor. Persoalannya, mampukah mereka mengekalkan keajaiban ini minggu depan dan seterusnya?

Dalam minggu ini, Tomok dan Sharul tampil dengan semangat, mengambil risiko besar dengan tema seram yang disertai dengan vokal yang memukau dan koreografi yang mengagumkan. Siapa sangka tarian berenergi ala rumah hantu ini memberikan kesan positif kepada juri, yang mengakui bahawa Tomok dan Sharul Kamal telah membawa penghayatan lirik yang mendalam dengan karakter yang hidup. Menggabungkan vokal mantap dengan tarian penuh keyakinan adalah satu cabaran besar, namun Tomok dan Sharul Kamal berjaya mengatasinya dengan cemerlang, meraih markah sempurna 10 dari kedua-dua juri serta undian tertinggi sebanyak 64.5%.

“Kami tidak sangka mendapat standing ovation! Ini di luar jangkaan, tetapi kegembiraan ini datang dengan tanggungjawab yang besar. Tekanan semakin dirasakan kerana juri dan penonton pastinya ingin melihat sesuatu yang lebih gempak dari kami setiap minggu,” kata Tomok. “Kami perlu mencari idea baru dan tampil dengan lebih hebat lagi!” tambah Sharul Kamal.

Namun, persaingan sengit tidak boleh diabaikan dengan kehadiran Naqiu dan Joey! Pasangan sepupu ini juga telah menarik perhatian ramai dengan kemunculan Joey di pentas setelah hampir 25 tahun tidak menyanyi. Keserasian mereka di atas pentas, dipadukan dengan vokal bertenaga Joey dan karisma pentas Naqiu, telah memukau penonton dan juri. Meskipun mereka hanya meraih tempat kedua dengan markah 59.0%, Naqiu mengakui, “Kami tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk minggu pertama. Dapat mengelirukan orang ramai tentang pasangan yang akan berduo dengan saya pun sudah dianggap kejayaan. Saya dan Tomok telah berjuang sejak kecil, dan saya sangat gembira dengan setiap persembahan kami bersama di pentas.”

Joey, yang akhirnya dipujuk oleh Naqiu untuk berduo, melahirkan semangat tinggi, “Walaupun ada masalah tonsil, saya tetap terima cabaran ini. Umur pun sudah macam pokok, apa salahnya mencuba dan membuat comeback. Saya anggap pentas ini sebagai peluang untuk orang mengenali asal usul saya. Setiap orang perlu establish!”

Tomok dan Sharul kini berhadapan dengan cabaran besar untuk mengulangi prestasi cemerlang mereka. Mereka telah memilih tema Irama Malaysia dan Tradisional sebagai cabaran untuk minggu kedua. Adakah pasangan lain seperti Naqiu dan Joey mampu mengubah rentak dan mencuri perhatian? Atau adakah standing ovation akan kembali menjadi milik Tomok dan Sharul?

Berikut adalah senarai kedudukan persembahan di minggu pertama #FamiliDuo2024:
1. Tomok & Sharul Kamal (sepupu) – 64.5%
2. Naqiu & Joey (sepupu) – 59.0%
3. Ayie Elham & Salma Asis (sepupu) – 48.3%
4. Shiha Zikir & Ieda Zikir (adik-beradik) – 46.9%
5. Zahid & Anne (adik-beradik) – 35.8%
6. Didi Astillah & Thamiera (sepupu) – 31.5%

FAMILI DUO 4 musim ini dibawakan khas oleh Perfume Paradise sebagai penaja utama dan Marigold HL sebagai rakan penaja. Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital. Pastinya minggu hadapan akan lebih hangat dengan strategi undian dari penonton. Undi dan Menang! Gunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk mendapatkan undian tambahan dan beri sokongan kepada duo kegemaran anda!

Jangan lupa, hadiah mingguan berupa dua Samsung Smart TV 65′ menanti anda yang bertuah! Duo juara mingguan akan membawa pulang hadiah berjumlah RM10,000 pada tujuh episod pertama, manakala finalis di pentas akhir FAMILI DUO berpeluang merebut hadiah wang utama sebanyak RM100,000! Pemenang mingguan akan ditentukan dari penilaian juri iaitu 70%, dan penonton juga berpeluang mempengaruhi keputusan dengan undian atas talian melalui Tonton yang menyumbang sebanyak 30%.

Pengguna Tonton yang berdaftar layak untuk mengundi duo kegemaran mereka sebanyak 50 undi seminggu. Semua pelanggan TontonUp tanpa mengira pelan 1 bulan, 3 bulan, atau 12 bulan, berpeluang menerima 100 undian tambahan setiap minggu. Ini bermakna, penonton akan memiliki jumlah undian sebanyak 150 dalam seminggu. Lagi banyak anda undi, lagi besar peluang duo anda untuk menang! Gunakan kod promo FAMILIDUO2024 untuk menikmati potongan istimewa RM8 dari harga asal RM28.

Pelanggan hanya perlu membayar RM20 bagi langganan 3 bulan sambil memberi sokongan padu kepada duo pilihan mereka. Lebih menarik, dua pelanggan berbayar turut berpeluang memenangi dua buah Samsung Smart TV 65′ setiap minggu dengan hanya perlu meneka Duo Terbaik Mingguan! Tawaran ini khas untuk pelanggan TontonUp pelan 3 bulan dan ke atas.

Kongsikan pengalaman anda, gunakan hashtag rasmi #FamiliDuo dan #BerduoLebihBaik untuk berkongsi tekaan dan menghangatkan lagi perbualan di laman sosial media. Jadi tunggu apa lagi? Pastikan anda tidak ketinggalan mengikuti persaingan sengit ini serta sokong dan undi duo selebriti kegemaran anda di pentas persembahan FAMILI DUO nanti!

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, jangan lupa ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *