ZAKAT WAKALAH FASA 1 DIAGIHKAN OLEH CBP DENGAN LEBIH RM500,000.

Program Mahabbah CBP yang disasarkan kepada golongan asnaf yang layak menyaksikan pengagihan wang zakat wakalah berjumlah lebih RM512,000 oleh The First Co-opbank (CBP). Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, dan Pahang semuanya termasuk dalam agihan zakat semasa Fasa 1 program tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, Program CBP Mahabbah ini mensasarkan golongan anak yatim dan ibu tunggal dalam kalangan fakir dan miskin, selain institusi masjid dan pelajar IPT bawah kategori asnaf Fisabilillah.

Ketua Pegawai Eksekutif CBP, Khairil Anuar Mohammad Anuar berkata, agihan zakat ini merupakan salah satu program di mana agihan zakat ini disampaikan sendiri oleh Anggota Lembaga CBP menerusi majlis serahan zakat yang diadakan di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti dengan mendapat kerjasama daripada Pusat Zakat Negeri dan juga agensi berkaitan.

Program agihan yang dijalankan membuktikan kesungguhan CBP dalam memartabatkan masjid sebagai pusat dakwah dan kemasyarakatan, selain menzahirkan keprihatinan CBP terhadap golongan ibu tunggal, anak yatim serta pelajar IPT.

“Ini merupakan tanggungjawab CBP untuk membantu golongan yang memerlukan yang secara tidak langsung dapat meringankan beban mereka dengan bantuan zakat yang diberikan.

“Tambahan lagi, menerusi program ini juga, ini merupakan langkah untuk CBP merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat yang telah banyak membantu dan menyokong kita selama ini,”katanya dalam satu kenyataan.

Selain daripada agihan wakalah zakat, beliau turut berkata, CBP juga terus komited membantu masyarakat menerusi pelbagai aktiviti tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dilakukan.

Khairil Anuar turut berkata, pihaknya juga turut mensasarkan agihan ini dapat ditingkatkan lagi di tahun-tahun mendatang dan dapat membantu lebih ramai golongan sasar di negeri-negeri lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *