VIT’S Beri Sumbangan Kepada Persatuan Karyawan Bagi Menyokong Komuniti Seni Malaysia

Persatuan Karyawan Malaysia, sebuah organisasi yang mewakili para penggiat seni tempatan, telah mengadakan majlis makan malam amal dengan tujuan mengumpulkan dana bagi tabung Persatuan Karyawan. Persatuan ini aktif dalam menjaga kebajikan ahli persatuan yang menghadapi kesulitan, termasuk golongan belakang tabir serta individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam berbagai aktiviti seni di Malaysia.

Dalam majlis tersebut, lebih daripada RM 100,000.00 telah dikutip melalui hasil jualan meja dari para penderma, yang akan membantu lebih daripada 100 ahli persatuan, termasuk anak seni, seperti yang disampaikan oleh Dato’ Freddie Fernandez, presiden Persatuan Karyawan.

VIT’S, sebuah jenama mee segera Malaysia yang telah ditubuhkan sejak tahun 1975, turut berminat dalam membantu golongan yang berjasa dalam dunia seni. Mereka telah memberikan sumbangan dana sejumlah RM 50,000 kepada Persatuan Karyawan. Pengarah Eksekutif VIT’S, En YT Lai, menyatakan bahawa inisiatif ini bertujuan membentuk sebuah komuniti yang menghargai sumbangan seni serta memberi peluang kepada para seniman untuk terus berkarya dan menyumbang dalam bidang seni.

Selain itu, VIT’S juga telah mengambil langkah lain untuk membantu ahli persatuan dengan berkolaborasi bersama penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim, dalam menghasilkan produk kerjasama, iaitu Ramen Asam Laksa Ibu. Dengan setiap pembelian Ramen Asam Laksa Ibu, sebanyak RM 1.00 akan didermakan kepada Persatuan Karyawan. Harapannya, masyarakat dapat membeli produk ini sambil beramal, sementara inisiatif ini juga diharapkan dapat membantu ahli-ahli persatuan yang memerlukan bantuan.

Produk Ramen Asam Laksa Ibu ini telah dilancarkan oleh Yang di-Pertua Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Pengarah Eksekutif VIT’S Encik YT Lai, dan Datuk Khadijah Ibrahim dalam Konsert Malam Malam Amal tersebut.

Konsert yang bermula pada jam 8 malam tersebut telah menyatukan penyanyi-penyanyi lagenda seperti Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Awie, Dato’ Ramli Sarip, Rahimah Rahim dan ramai lagi dalam satu acara gemilang dan telah menghiburkan lebih dari seribu penonton yang terdiri dari penderma yang turut bersama turun padang berhibur sambil memeriahkan konsert ini.

VIT’S turut menghidangkan menu “Ramen Asam Laksa Ibu’ di mana pengunjung boleh merasai sendiri produk tersebut. Produk keluaran terbaharu boleh didapati melalui aplikasi TikTok Shop vits_official.

Segala informasi sila lawati www.vitsnoodles.com untuk maklumat lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *