
Primeworks Studios selaku Rakan Pemasaran bagi CHELOT tampil membawakan sebuah filem aksi thriller terbaharu arahan pengarah berpengalaman, Adrian Teh, yang menjanjikan pengalaman sinematik penuh mendebarkan kepada penonton. Filem ini bakal menemui peminat filem tempatan di pawagam seluruh negara bermula 27 Ogos 2026, sekali gus menambahkan lagi pilihan karya tempatan berkualiti untuk dinikmati di layar lebar.
Menampilkan barisan pelakon popular seperti Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam, Azhan Rani, Nadhir Nasar dan Alicia Amin, CHELOT mengangkat kisah yang sarat dengan elemen keberanian, pengorbanan serta pertarungan antara keadilan dan dunia jenayah yang penuh dengan tipu daya serta muslihat.
Dengan gabungan aksi yang intensif, jalan cerita penuh misteri dan konflik yang mendebarkan, CHELOT dijangka membawa penonton menyelami sebuah dunia yang penuh persoalan dan kejutan. Persoalan mengenai identiti serta maksud sebenar di sebalik tajuk CHELOT turut menjadi antara misteri yang pastinya mengundang rasa ingin tahu penonton.
Bagi memberikan gambaran awal tentang kemeriahan dan debaran yang bakal disajikan, penonton kini boleh menyaksikan Trailer Rasmi CHELOT sebelum membuat persiapan untuk menikmati filem ini di pawagam. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merungkai sendiri misteri di sebalik CHELOT apabila filem aksi thriller ini menemui penonton di seluruh negara bermula 27 Ogos 2026.



