Tablet Premium HONOR MagicPad 3 Dilancar

HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan HONOR MagicPad 3, sebuah tablet flagship yang direka untuk menggantikan komputer riba. Ia hadir dengan skrin besar 13.3 inci 3.2K Eye Comfort Display, teknologi AI untuk produktiviti, dan bateri ultra besar 12,450mAh dalam rekaan nipis serta ringan. Sesuai untuk kerja, hiburan, permainan, mahupun kreativiti, tablet ini menawarkan kuasa setaraf PC pada harga lebih mudah dicapai.

Paparan Besar 3.2K dengan 165Hz – Sinematik & Selesa di Mata

HONOR MagicPad 3 menampilkan paparan 3.2K 13.3 inci dengan kadar segar semula 165Hz, lebih tinggi daripada kebanyakan peranti yang hanya menawarkan 144Hz. Skrin ini memberikan pengalaman visual ultra-lancar untuk menonton filem, bermain game, atau melayar web.

Lebih menarik, ia dilengkapi 7 Teknologi Eye Comfort bagi mengurangkan keletihan mata, sesuai untuk belajar, bekerja lama, ataupun marathon drama kegemaran.

Produktiviti Ala Laptop dengan AI & Aksesori Percuma

Bukan sekadar tablet, HONOR MagicPad 3 berfungsi seperti komputer riba mini. Ia hadir dengan aplikasi pintar seperti HONOR Docs dan AI Notes yang menyokong transkripsi suara-ke-teks, terjemahan segera, dan auto-expand teks untuk kerja lebih cepat.

Dengan HONOR Smart Touchpad Keyboard (papan kekunci dengan touchpad) dan Magic Pencil 3, pengguna boleh menulis, melakar, atau menyunting dokumen dengan lebih mudah. Ia juga menyokong HDMI untuk pembentangan serta keserasian iOS bagi perkongsian fail dengan iPhone atau iPad.

Bateri Tahan Lama 12,450mAh + Pengecasan Pantas 66W

Tablet ini dilengkapi bateri 12,450mAh, antara yang terbesar dalam kategori tablet. Sama ada bekerja seharian, bermain game, atau menonton filem, ia mampu bertahan lama tanpa perlu kerap dicas. Bila perlu mengecas, teknologi HONOR SuperCharge 66W memastikan ia kembali penuh dalam masa singkat.

Magic Pencil 3 – Nota, Lakaran & Seni Lebih Mudah

HONOR MagicPad 3 turut disertakan dengan Magic Pencil 3 percuma. Ia berfungsi untuk mencatat nota mesyuarat, menulis pelajaran, hingga melakar ilustrasi dengan kadar respons pantas dan latensi rendah. Digabungkan dengan skrin besar 13.3 inci, pengalaman menulis dan melukis jadi lebih semula jadi.

Prestasi Flagship Snapdragon 8 Gen 3

Dikuasakan Snapdragon 8 Gen 3, prestasinya setaraf peranti flagship. Ia mampu mengendalikan kerja berat, aplikasi kreatif, serta game grafik tinggi tanpa masalah. Sistem penyejukan 12 lapisan memastikan prestasi stabil walaupun digunakan berjam-jam.

Tambahan lagi, ia mempunyai pensijilan IMAX Enhanced, menjadikan tontonan filem dan drama lebih mengasyikkan – ibarat panggung wayang bergerak. Bagi gamers, sokongan pengawal luaran menjadikannya hampir sama dengan konsol mudah alih.

Harga & Ketersediaan di Malaysia

HONOR MagicPad 3 hadir dalam warna White dan Grey, ditawarkan pada harga RM2,999 dengan:

  • RAM 32GB (HONOR RAM Turbo 16GB)
  • Storan 512GB
  • Hadiah percuma bernilai RM998 termasuk HONOR Magic Pencil 3 & HONOR Smart Touchpad Keyboard

Ia boleh didapati mulai 22 Ogos 2025 di HONOR Experience Store, pengedar rasmi, laman e-dagang HONOR Malaysia, dan kedai dalam talian rasmi.

Untuk maklumat lanjut, layari www.honor.com/my

-Tehtariktimes