Program makanan ikonik kegemaran rakyat Malaysia, Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) kembali dengan musim terbaharu bertemakan “Misi Mencari Kari”. Bermula 14 September 2025, setiap Ahad jam 11.30 pagi di TV3, hos Nadia Hasnan akan membawa penonton menjelajah pelbagai destinasi kulinari di seluruh negara, mengekalkan kedudukannya sebagai rancangan makanan nombor satu tanah air.
Musim kali ini tampil lebih segar dengan menelusuri resipi turun-temurun, kisah di sebalik dapur, serta kepelbagaian rasa kari dari seluruh Malaysia. Dari kari berempah pekat yang menggamit selera, kari Melayu tradisional penuh autentik, hinggalah ke kari moden inspirasi generasi baharu semuanya akan diketengahkan sebagai simbol keunikan budaya dan cita rasa rakyat Malaysia.
Lebih menarik, penonton turut berpeluang menyertai Peraduan ‘Misi Menangi Kari’ anjuran TV3 dengan kerjasama penaja utama, BABA’S. Dengan slogan “Kari Penuh Rasa, Hadiah Penuh Gaya”, peraduan ini membolehkan peminat memenangi hadiah mingguan dengan hanya menonton rancangan JJCM dan menyertai cabaran interaktif di platform Facebook TV3 Malaysia.
Mekanisme penyertaan adalah mudah: tonton episod baharu JJCM setiap Ahad, kira jumlah produk BABA’S yang muncul di skrin, namakan produk tersebut, dan lengkapkan slogan kreatif tidak melebihi 20 patah perkataan. Penyertaan boleh dihantar di ruangan komen hantaran peraduan mingguan di Facebook TV3 Malaysia, bermula Ahad jam 11.30 pagi hingga Selasa jam 12.00 tengah hari. Pemenang bertuah dengan jawapan paling tepat dan slogan paling kreatif akan diumumkan setiap Rabu, jam 8.00 malam di semua platform media sosial TV3 Malaysia.
Dengan gabungan kandungan makanan yang menyelerakan dan cabaran mingguan yang menyeronokkan, Misi Mencari Kari dijangka memberi pengalaman tontonan yang lebih interaktif dan berbaloi buat penonton setia JJCM.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan musim baharu Jalan-Jalan Cari Makan dan rebut hadiah menarik melalui Misi Menangi Kari. Untuk maklumat terkini, ikuti laman sosial rasmi TV3 Malaysia di Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram (@TV3Malaysia), serta Instagram @dramasangat.