ScalpTECH oleh Watsons: Transformasi Penjagaan Rambut Bermula dari Akar

Watsons Malaysia kini memperkenalkan Hair System by Watsons ScalpTECH™, satu inovasi penjagaan kulit kepala yang memanfaatkan sains penjagaan kulit untuk kesihatan rambut menyeluruh. Rangkaian premium ini menawarkan rejim empat langkah berasaskan penyelesaian Dermo Profesional, yang terbukti secara klinikal untuk merawat kulit kepala akar kepada rambut yang sihat.

Berlandaskan prinsip bahawa penjagaan kulit kepala adalah penjagaan diri baharu, ScalpTECH™ membawa transformasi kepada rutin harian dengan formula yang menyuburkan, menguatkan dan memulihkan dari akarnya. Ia menggabungkan bahan aktif berprestasi tinggi serta ramuan semula jadi seperti prebiotik, probiotik, Tea Tree, Ginseng, Peppermint, keratin, niacinamide dan biotin.

Rutin empat langkah ini bermula dengan Dermo Exfoliating Scrub, diikuti Dermo Shampoo mengikut jenis kulit kepala, kemudian Scalp Treatment untuk pemulihan mendalam, dan diakhiri dengan Scalp Massage Tonic yang merangsang peredaran darah dan menguatkan folikel rambut.

Menurut Pengarah Urusan Watsons Malaysia, Caryn Loh, “ScalpTECH™ mencerminkan pendekatan baharu dalam penjagaan kulit kepala dengan ketelitian dan pendekatan berasaskan sains penjagaan kulit, ia bukan sekadar produk rambut semata-mata.

Sempena pelancaran, Watsons turut menganjurkan acara eksklusif di CocoDRY Saloon, di mana para tetamu menikmati rawatan lengkap ScalpTECH™ serta analisis kulit kepala secara peribadi.

Kini tersedia di semua cawangan Watsons dan secara dalam talian di www.watsons.com.my, ScalpTECH™ menggalakkan kita untuk bermula dari akar kerana rambut yang sihat bermula dengan kulit kepala yang sihat.