FGV Holdings Berhad (FGV) menerusi jenama SAJI telah lebih 25 tahun bertapak sebagai antara jenama pilihan isi rumah di Malaysia. Dikenali dengan minyak masak berasaskan sawit berkualiti tinggi, SAJI kini berkembang sebagai jenama kulinari yang menawarkan pelbagai produk keperluan dapur termasuk marjerin, krimer, mi segera serta pelbagai bahan masakan seperti sos, kicap dan pes, selari dengan cita rasa serta gaya hidup pengguna masa kini.
Sempena musim perayaan tahun ini, SAJI memperkenalkan kempen Menyala Lagi Raya yang mengangkat tema semangat Raya yang sentiasa menyala dalam setiap rumah. Majlis pelancaran kempen telah berlangsung pada Khamis, 12 Februari 2026 dalam suasana penuh bermakna di Menara Felda. Sebagai tunjang utama kempen, SAJI bakal mempersembahkan sebuah muzikal lagu Raya yang menggabungkan elemen hiburan, emosi dan tradisi dalam penceritaan yang dekat dengan realiti masyarakat. Lebih daripada sekadar karya kreatif, Menyala Lagi Raya mencerminkan komitmen berterusan SAJI dalam menyemarakkan sambutan Aidilfitri serta mengukuhkan peranannya sebagai teman setia di dapur rakyat Malaysia.

Sejak diperkenalkan pada tahun 2000, SAJI bukan sahaja menjadi minyak masak pilihan, malah terus berkembang selari dengan aspirasi FGV untuk menjadi Teman Kulinari rakyat Malaysia. Hari ini, SAJI menguasai lebih 37 peratus pasaran minyak masak tempatan, mencerminkan kekuatan jenama dan kepercayaan pengguna yang kukuh selama lebih dua dekad. Sebagai antara pengeluar makanan terkemuka negara, FGV turut menerajui jenama pengguna lain seperti SERI PELANGI, ADELA, PREMEO dan GULA PRAI dalam menyokong agenda keterjaminan makanan negara dengan memastikan akses kepada produk berkualiti, berkhasiat dan mampu milik.
Dalam majlis yang sama, SAJI turut melancarkan maskot rasminya yang dinamakan Kak Ji sebagai simbol baharu jenama tersebut. Kak Ji bukan sekadar watak yang menceriakan, malah melambangkan nilai teras SAJI iaitu kualiti, kehangatan dan semangat dalam memasak. Maskot ini mencerminkan peranan SAJI sebagai keperluan asas dapur yang serbaguna, sentiasa menemani pelbagai jenis masakan dan menjadi sentuhan istimewa yang menyempurnakan setiap hidangan.

Bagi memperkukuhkan kedudukannya sebagai pengeluar produk pengguna yang dinamik, SAJI turut memperkenalkan dua produk baharu iaitu SAJI Pelengkap Rasa dan SAJI Tepung Goreng Serbaguna. SAJI Pelengkap Rasa merupakan campuran rempah serbaguna yang boleh ditambah terus ketika memasak, digunakan sebagai bahan perapan atau gosokan kering pada daging dan ikan sebelum dibakar atau dipanggang. Produk ini hadir dalam tekstur granul yang memudahkan penggunaan, dilengkapi pembungkusan zip lock untuk mengekalkan kesegaran, tanpa pewarna tambahan dan diperbuat daripada bawang asli bagi memberikan rasa yang autentik.
SAJI Tepung Goreng Serbaguna pula ditawarkan dalam dua variasi iaitu Gorengan Asli dan Gorengan Pedas. Ia dirumus khas untuk menghasilkan gorengan yang rangup dan keemasan, sesuai untuk pelbagai jenis hidangan. Selain boleh digunakan untuk kaedah gorengan biasa, produk ini juga sesuai digunakan dengan air fryer, menjadikannya pilihan praktikal dan serba guna untuk gaya masakan moden.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kempen ini turut menampilkan Peraduan SAJI Beli & Menang dengan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM50,000. Untuk menyertai peraduan, pengguna hanya perlu membeli produk SAJI, SERI PELANGI, PREMEO, ADELA atau GULA PRAI bernilai RM25 ke atas dan menghantar bukti pembelian melalui WhatsApp.
Pada tahun ini, SAJI turut bekerjasama dengan rakan strategik iaitu Felda Travel dan Seri Pacific Hotel bagi beberapa inisiatif khas. Menerusi kolaborasi bersama Felda Travel, pemenang hadiah utama berpeluang menikmati Pakej Umrah Super Saver untuk dua orang bernilai RM5,555 seorang, atau pakej percutian setara bagi pemenang bukan Muslim dengan nilai keseluruhan hadiah sehingga RM10,000. Selain itu, SAJI mempersembahkan Inspirasi Citarasa Ramadan musim kedua, satu siri yang menampilkan 15 video resipi eksklusif hasil sentuhan chef terkemuka dari Seri Pacific Hotel. Menggunakan produk SAJI, setiap hidangan direka khas sebagai inspirasi juadah berbuka dan sahur, dan telah disiarkan sepanjang Ramadan di platform media sosial rasmi SAJI. Pembelian pakej Buffet Ramadan di Seri Pacific Hotel sepanjang bulan Ramadan juga melayakkan penyertaan dalam peraduan SAJI Beli & Menang, di samping tawaran Pakej Balik Kampung SAJI yang turut dijual di hotel berkenaan.

Dalam usaha mendekati pengguna dengan lebih dekat, SAJI juga akan menjalankan aktiviti pensampelan selama 320 hari di pasar raya terpilih di seluruh Malaysia bagi meningkatkan pengalaman penggunaan produk serta mengukuhkan hubungan jenama bersama pengguna. Orang ramai juga boleh menantikan pelancaran muzik video Raya SAJI “Menyala Lagi Raya” yang bakal menemui penonton tidak lama lagi menerusi platform media sosial rasmi SAJI di TikTok, Instagram, Facebook dan YouTube.