Jasmine Project Love Musim Kedua di 8TV melabuhkan tirainya dengan majlis penghargaan istimewa di Holiday Inn Kuala Lumpur Bangsar. Program dokumentari popular berbahasa Cina ini terus menyentuh hati rakyat Malaysia dengan paparan kisah-kisah benar yang penuh emosi dan nilai kemanusiaan, melibatkan pelbagai komuniti dan cabaran kehidupan.
Musim ini, sebanyak 24 episod disiarkan bersama lapan hos terkenal Owen Yap, Chan Wei Wei, Desmond Tey, Tan Chia Yong, Ong Ching Yee, Jan Chin, Soh Chin Chuan dan Charlotte Seow yang merentas negeri seperti Melaka, Perak dan Negeri Sembilan bagi menonjolkan realiti kehidupan masyarakat pelbagai latar belakang. Sepanjang musim ini, 8TV Project Love Fund berjaya mengumpul hampir RM200,000 untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan melalui kerjasama dengan Tabung Kemanusiaan Media Prima-NSTP.
Disokong penuh oleh Jasmine Food dan rakan penaja Kawan Food, majlis penutup turut menghargai usaha 10 pertubuhan kebajikan termasuk NASAM, Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan dan Suriana Welfare Society.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, Puan Nini Yusof, program ini berjaya menyemai empati serta kesedaran sosial dalam kalangan penonton. Jasmine Food juga menyatakan komitmen berterusan dalam menjayakan program ini demi memberi impak jangka panjang kepada masyarakat.
Strim semula Jasmine Project Love Musim Kedua di platform Tonton dan ikuti perkembangan program menarik di Facebook rasmi 8TVbadukongjian serta Instagram @8tvmalaysia. – Tehtariktimes