Goodday Charge dengan bangganya memperkenalkan Team eMAS, pasukan e-sukan warga emas pertama Malaysia yang dibentuk melalui pertandingan Boomers2Gamers yang dianjurkan baru-baru ini. Dengan perasmian oleh Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh, pasukan ini tampil sebagai satu simbol penting yang mengetengahkan keperluan inisiatif seperti ini.
Dalam majlis perasmian yang telah berlangsung di Orange Esports Club, Quill City Mall, Menteri Belia dan Sukan YB Hannah Yeoh Tseow Suan mengiktiraf status pasukan ini sebagai Pasukan E-Sukan Warga Emas Pertama Malaysia. Majlis ini dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Etika (Malaysia, Singapura dan Brunei) Santharuban Thurai Sundaram, Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd Amy Gan serta ahli media dan tetamu lain. Dengan sokongan daripada organisasi e-Sukan terkemuka Malaysia, Malaysian Esports Federation, Team eMAS juga telah diiktiraf oleh Malaysian Book of Records dan melakar tempat dalam sejarah negara.
Pembentukan Team eMAS merupakan satu pencapaian hebat dalam misi Goodday Charge bagi memperakui e-Sukan sebagai sukan sebenar dengan membantu generasi tua lebih memahami konsep e-Sukan dan merapatkan jurang antara generasi, serta mengetengahkan faedah yang boleh didapati dalam e-Sukan seperti peningkatan fungsi kognitif, refleks dan banyak lagi.
Kempen Boomers2Gamers yang dijalankan dibuka kepada warga emas yang berumur 50 tahun ke atas dan mendapat sambutan yang memberangsangkan dengan 298 pemohon. 10 peserta terbaik dipilih untuk melalui rejimen latihan yang ketat selama beberapa minggu yang melatih aspek Kemahiran Terlatih, Strategi, Tahap Kecergasan, Kerja Berpasukan dan Komunikasi. Sebagai penyokong nutrisi dan kecergasan dalam semua sukan, Goodday Charge menekankan kepentingan memulakan hari dengan senaman fizikal dan pemakanan sihat sebelum memulakan latihan, diikuti pula dengan perbincangan strategi bersama pelatih mereka sebelum diteruskan dengan latihan dalam permainan. Ini disusuli dengan sesi taklimat bersama pelatih untuk menyemak prestasi dan meneliti nasihat untuk penambahbaikan. Rakan Kongsi program Predator Gaming dan Creative Labs telah memastikan semua peserta menerima pengalaman yang lancar dan imersif dengan membekalkan siri komputer riba Predator terkini dan juga headset gaming terbaik.
Selepas beberapa kemenangan penting, 6 ahli pasukan telah dipilih: Trish Lim sebagai Ketua Pasukan, Nahar Ludhfi sebagai entry fragger, Ahmad Zamzuri @ Tom sebagai entry fragger kedua, Johan Arifin dan John Yap sebagai support, dan Linda Tee sebagai pemain gantian. Setiap ahli pasukan dipilih berdasarkan kriteria tertentu oleh bekas atlet e-Sukan profesional Mohd Syazwan ‘Wanr0’ dan Mohammed Reza ‘Rexa’ yang mempunyai gabungan pengalaman selama hampir 20 tahun dalam dunia e-Sukan.
Bagi meneguhkan kedudukan mereka dalam sejarah e-Sukan Malaysia, Team eMAS bertanding dalam 4 perlawanan dengan pasukan Counter Strike profesional Malaysia, HXG. Pengiktirafan daripada Malaysian Electronic Sports Federation dan Malaysia Book of Records merasmikan kedudukan mereka sebagai Pasukan E-Sukan Warga Emas Pertama Malaysia.
Bagi meneruskan lagi komitmen dalam dunia e-Sukan, Goodday Charge akan menyokong pasukan lelaki dan wanita HXG dalam persediaan mereka untuk mewakili Malaysia bagi acara 2024 International Esports Federation World Cup di Riyadh Saudi Arabia yang merupkan salah satu acara antarabangsa yang terbesar.
Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh Tseow Suan menekankan kepentingan inisiatif seperti ini. “E-Sukan kebiasaannya digambarkan sebagai aktiviti bagi anak muda untuk tujuan hiburan semata-mata. Walaubagaimanapun, inisiatif seperti Boomers2Gamers menunjukkan bahawa E-Sukan boleh membawa pelbagai faedah lain. Ia mementingkan pemikiran strategik, kecergasan mental dan ciri-ciri komuniti dan kerjasama sama seperti sukan tradisional
Tambah beliau, “Saya cukup gembira dengan Goodday Charge kerana menerajui pembentukan pasukan ini sejajar dengan inisiatif Kementerian Belia dan Sukan. Program Boomers2Gamers dari Goodday Charge ini menjadikan E-Sukan lebih inklusif dengan memupuk pemahaman dan penerimaan yang lebih baik bagi merapatkan jurang antara generasi. Inklusiviti seperti ini adalah antara tunjang utama Kementerian Belia dan Sukan.
Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Amy Gan berkongsi pendapat yang sama terhadap inisiatif ini dan berkata, “Goodday Charge berdedikasi untuk memperjuangkan e-sukan sebagai satu sukan sebenar yang memerlukan disiplin, kemahiran, dan kecergasan untuk mencapai prestasi yang optimum. Dengan menyokong pembangunan Garis Panduan Pembangunan Sukan Elektronik kebangsaan (NESDEG)
bersama dengan Kementerian Belia dan Sukan, dan juga menaja anugerah Malaysian Esports Awards 2024, kami bermatlamat untuk mengubah stereotaip negatif dan salah faham terhadap e-Sukan di Malaysia. Sebagai rakan kongsi nutrisi, Goodday Charge menyediakan susu coklat lazat formulasi khas dengan nutrien seperti protein dan Vitamin B kompleks bagi membekalkan tenaga kepada atlet e-Sukan kami ketika bertanding”
Mengulas mengenai pasukan berkenaan, beliau berkata, “Malaysia mempunyai komuniti gamers yang bersemangat, tetapi stigma masyarakat terhadapnya terutamanya daripada golongan yang lebih berusia menghalang e-Sukan daripada diperakui sebagai sukan sebenar. Goodday Charge melancarkan inisiatif Boomers2Gamers sebagai langkah untuk merapatkan jurang ini dengan membentuk pasukan e-Sukan warga emas pertama, Team eMAS. Dengan mempamerkan ciri-ciri sama seperti sukan tradisional seperti kerja berpasukan, disiplin dan ketahanan mental, mereka merupakan pejuang terhebat kami dalam usaha membangunkan dan memperakui e-Sukan di Malaysia.”
Ketua Pasukan Team eMAS’s, Trish menzahirkan perasaannya, “Saya berterima kasih kepada Goodday Charge untuk pengalaman hebat ini. Semasa mendaftar, saya langsung tak ada pengalaman dengan e-Sukan dan takkan sokongnya sebagai haluan kerjaya bagi ahli keluarga. Saya cuma dengar tentangnya daripada anak lelaki saya dan cuma faham betapa besarnya skop e-Sukan selepas menyertai kempen ini. Saya tak boleh percaya yang kami akan memainkan peranan yang penting – dan saya menjadi ketua pasukan!”
Team eMAS juga berkongsi pandangan sama seperti Trish, “Ini merupakan satu pengalaman yang membuka mata kami. Ramai antara kami pernah main permainan video sebelum ini, tapi ini merupakan kali pertama kami menjejak kami dalam dunia e-Sukan dan pada awalnya ia memang menggerunkan. Dengan sokongan Goodday Charge dan para pelatih kami berjaya mengatasi cabaran ini dan kami cukup gembira dengannya. Trish memang layak menjadi ketua pasukan. Dia sentiasa memerhati dan membantu ahli pasukan, tidak kira di dalam atau di luar permainan.”
Goodday Charge mengumumkan kempen Boomers2Gamers buat kali pertama pada bulan Februari dengan tujuan mencabar stereotaip dan mitos negatif terhadap e-Sukan dan menggalakkan penerimaannya sebagai sukan sebenar di Malaysia. Stigma dan salah faham terhadap e-Sukan sebagai satu sukan sedentari dan ‘palsu’ menggerakkan Goodday untuk menekankan bahawa e-Sukan ialah sukan sebenar dengan memberi pencerahan tentang tahap kesukanan dan daya saingnya yang tinggi, terutamanya dari segi kecergasan dan pemakanan seperti sukan lain. Goodday Charge tampil membantu dengan susu coklat rumusan khas mereka yang penuh bertenaga dan membekalkan sepuluh nutrien Multipro®, seperti vitamin B kompleks untuk bekalan tenaga berterusan bagi atlet e-sukan sepanjang sesi latihan.
Amy Gan menambah, “Kami tak akan berhenti setakat ini sahaja. Dengan kejayaan kempen ini dan sambutan menggalakkan daripada para peserta, Orange Esports dan Goodday akan terus membina naratif gaming yang sihat dalam satu ekosistem e-sukan yang inklusif untuk semua peringkat umur
dengan menjadikan setiap hari Selasa sebagai hari Boomers2Gamers. Warga emas boleh berkunjung dan bersaing dengan rakan-rakan mereka secara percuma atau ikuti bengkel yang dikendalikan oleh ahli kelab. Nantikan butiran lanjut pada masa terdekat!”
Bagi mereka yang ingin menyaksikan perjalanan mereka, Goodday Charge akan menayangkan siri realiti terhad yang akan mempamerkan suka-duka, kejayaan, kekalahan, serta kebangkitan Team eMAS, bersama dengan hos Tash Bunny dan penampilan istimewa Sir Cloud sebagai mentor dan pembimbing para finalis. Siri yang akan ditayangkan di Astro Arena ini akan menjadi kandungan e-Sukan pertama yang disiarkan di saluran sukan berkenaan, sekali gus mengangkat status e-Sukan sebagai satu sukan sebenar. Untuk maklumat lanjut tentang tarikh tayangan dan usaha Goodday Charge ke arah memperakui e-Sukan, sila ikuti Goodday Milk Malaysia di Facebook, Instagram dan TikTok.