Drama Korea terbaharu First Lady kini boleh distrim di Tonton. Sarat dengan konflik, emosi dan kejutan politik, drama ini membawa penonton menyelami dunia kuasa dan pengaruh yang dipenuhi rahsia serta pengkhianatan. Ia bukan sekadar kisah tentang status, tetapi juga tentang harga sebuah cinta, pengorbanan, dan perjuangan seorang wanita yang terperangkap dalam permainan politik penuh tipu daya.
Dengan jalan cerita yang menarik dan sinematografi yang memukau, First Lady membawa penonton menyaksikan dunia kuasa di kediaman presiden, tempat yang tampak mewah di luar tetapi penuh rahsia, dendam dan cinta yang semakin retak.
Drama ini bermula dengan kisah Hyun Min-Cheol (Ji Hyun Woo), seorang lelaki yang membesar di rumah anak yatim dan sering menempuh liku-liku kehidupan mencabar. Dengan kerja keras dan semangat yang tidak pernah luntur, dia akhirnya berjaya mengubah nasibnya hingga dinobatkan sebagai Presiden terpilih Korea Selatan. Di sisinya berdiri Cha Soo-Yeon (Eugene), isteri yang setia dan tabah, yang telah lama menanti saat dirinya diiktiraf sebagai First Lady, simbol kejayaan dan cinta yang mereka bina bersama.
Namun segalanya berubah apabila hanya tinggal 67 hari sebelum majlis perlantikan, Min-Cheol membuat keputusan mengejutkan untuk menamatkan perkahwinannya. Keputusan itu bukan sahaja menggugat rumah tangga mereka, malah membongkar semula rahsia gelap dan konspirasi politik yang sekian lama diselindungi di balik kehidupan yang tampak sempurna itu.
Dari luar, mereka kelihatan seperti pasangan ideal yang bersedia memimpin negara. Namun di sebalik senyuman, tersembunyi permainan kuasa penuh tipu daya di mana setiap langkah mampu menjatuhkan satu sama lain. Soo-Yeon kini berdepan dilema besar, antara tunduk pada takdir atau bangkit melawan demi maruah dan kebenaran.
First Lady menyatukan elemen political melodrama dan thriller dengan kisah penuh emosi, misteri dan kejutan yang sukar dijangka hingga ke penghujung. Ia kini boleh ditonton di Tonton, strim sekarang dan hayati kisah di sebalik kuasa, cinta dan pengkhianatan.
Untuk maklumat lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti laman rasmi Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram @tontonmy.