Dulu Dollah Daebak: Fatah pula mengakui perasaannya pada Doli. Ketika sesi team building, Risya sengaja bertanya siapa cinta sejati Arfan untuk mencungkil rahsia besar. Tanpa dapat mengelak, Arfan akhirnya mendedahkan identiti sebenarnya. Doli masih tidak percaya dan beranggapan Arfan sengapa menipu untuk mendapat perhatiannya sehingga hubungan mereka menjadi renggang. Adakah Doli akan mempercayai Arfan adalah Dollah, cinta monyetnya? Mungkinkah cinta Doli dan Dollah akan kembali mekar?
“Memang betul saya la Dollah yang awak cari selama ni…” tegas Arfan
“Arfan i tau la you suka i tapi tak payah la menyamar sebagai Dollah..” pintas Doli.
Doli masih terguris kerana seluruh keluarga Dollah telah menipunya.
“Dollah yang dulu dengan Dollah yang sekarang macam langit dengan bumi,” kata Doli, merujuk kepada perubahan drastik Dollah.
Sementara itu, Risya semakin tertekan kerana tidak dapat melupakan Dollah, lalu cuba menjodohkan Doli dengan Fatah. Cintanya terhadap Dollah semakin jelas apabila dia mengakuinya di hadapan Doli!
Dalam masa yang sama keluarga Dollah membuat perancangan merapatkan kembali Dollah dan Doli. Doli menerima ugutan dari orang yang tidak dikenalinya untuk mendedahkan sisi gelap Dollah.
Keadaan semakin rumit apabila Kamal, bekas bos Dollah, kembali bekerja dan dikatakan cuba mengambil kesempatan atas perubahan imej Dollah. Hubungan Dollah dan Kamal yang semakin rapat mula menimbulkan gosip liar di pejabat. Doli pula semakin keliru dengan apa yang dilihat, terutama selepas Dollah dan Kamal dilihat berpelukan.
“Apa salah saya peluk dia untuk tenangkan hati dia? Saya dengan Kamal pon jealous…lemah.”
kata Dollah mempertahankan dirinya, tetapi situasi itu memuncak hingga Dollah dan Doli berpisah.
“Lagi selamatlah kan kalau bermesra dan berpeluk dengan lelaki ” Doli berkata dalam keadaan cemburu.
Keakraban Dollah dan Kamal menjadi bualan hangat pekerja, menimbulkan spekulasi tentang hubungan mereka. Apakah agaknya status hubungan Dollah dan Kamal? Mampukah Dollah memujuk Doli untuk mempercayainya?
Sementara itu, keluarga Dollah merancang sesuatu yang mengejutkan dengan mengajak Dollah balik ke kampung. Di kampung, kekecohan berlaku apabila Dollah secara tak sengaja terpilih bilik Doli. Pelbagai adegan pergaduhan ‘manja’ tercetus, tetapi akhirnya mereka berbaik. Kedua-dua keluarga cuba menjodohkan Dollah dan Doli, dan nampaknya usaha itu disambut baik.
“Dollah takkan kawin dengan perempuan lain, kecuali awak!” kata Dollah dengan penuh keyakinan.
Namun, Dollah mula risau tentang kemampuan dirinya untuk meminang Doli, terutamanya selepas kenaikan pangkat yang diberikan Doli membuat Risya semakin sakit hati. Risya dan Fatah berpakat dalam diam untuk menjatuhkan Dollah, tetapi Kamal yang mengetahui rencana mereka berkongsi maklumat ini dengan Dollah. Apa seterusnya akan berlaku? Adakah cinta sejati akan menang?
Pelbagai cubaan untuk menjatuhkan Dollah berlaku sehingga akhirnya Dollah digantung kerja. Apakah reaksi Dollah? Adakah Dollah mampu membersihkan namanya selepas difitnah? Nantikan kejutannya dalam episod-episod seterusnya!
Saksikan kisah romantik komedi, Dulu Dollah Daebak arahan Eoon Shuhaini yang mengandingkan pelakon Sean Lee, Sharifah Rose, Riena Diana, Syazuwan Hassan dan ramai lagi menerusi slot Akasia telah pun mula bersiaran dari 8 Ogos 2024 lalu, setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam di TV3 dan strim 24 jam lebih awal melalui aplikasi Tonton atau di laman web www.tonton.com.my.
Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.