Media Prima menyemarakkan sambutan Tahun Baharu Cina 2026 menerusi kempen CNY Must Be Good yang membawa kemeriahan perayaan ke tahap lebih istimewa melalui gabungan program televisyen, aktiviti komuniti dan kandungan digital, diraikan bersama rakyat Malaysia di seluruh negara.
Sebagai simbol semangat, tenaga dan keberanian Tahun Kuda, maskot baharu Xiao Max diperkenalkan sebagai wajah utama kempen tahun ini. Xiao Max turut digandingkan bersama 12 duta kempen atau CNY Buddies iaitu Owen Yap, Ong Ching Yee, Tan Chia Yong, Tan Ley Teng, Orange Tan, Rickman Chia, Natalie Ng, Desmond Tey, Ke Qing, Loh Chen Yuk, Charlotte Seow dan Emily Chua, sekali gus menjanjikan sambutan Tahun Baharu Cina yang lebih meriah dan bermakna.

Kempen CNY Must Be Good diterajui oleh 8TV, saluran bahasa Cina nombor satu di Malaysia, dengan sokongan rakan rasmi daripada pelbagai platform termasuk saluran radio Eight WuXian, portal video Tonton, laman portal Rojaklah, Viralcham, TantanNews (TTN) serta rangkaian beli-belah WOWSHOP.
Lagu tema baharu berjudul 新年 Must Be Good (Xīn-nián Must Be Good) menghidupkan kempen ini dengan menyatukan 12 duta kempen bersama dua keluarga juara daripada program Family Singing Show Season 6, sambil menyuntik elemen kekeluargaan dan keceriaan yang dekat di hati penonton.
Lebih istimewa, video muzik lagu tema tahun ini menampilkan kemunculan semula kesemua maskot zodiak Media Prima sejak tahun 2015, sekali gus melengkapkan koleksi penuh 12 zodiak buat julung kalinya. Lagu ini kini boleh ditonton dan didengari menerusi pelbagai platform Media Prima.
Sebagai pelengkap kempen, pelbagai barangan edisi terhad ditawarkan di pasaran termasuk plush toy, gelang kunci, t-shirt, tote bag, tuala dan sarung kaki. Turut diperkenalkan pada tahun ini ialah set eksklusif 8TV 12 Zodiac Keychain Collection yang sesuai dijadikan koleksi atau cenderamata perayaan. Barangan ini boleh didapati di kedai buku Popular, laman web rasmi serta platform e-dagang terpilih selagi stok masih ada.
Kemeriahan Tahun Kuda diteruskan bersama 8TV menerusi pelbagai program televisyen dan aktiviti interaktif untuk penonton di seluruh negara. Fun Together 2026 membawa kegembiraan kepada 16 komuniti Cina di seluruh Malaysia, manakala CNY Mega Show 2026 menghimpunkan lebih 30 selebriti tempatan dalam sebuah persembahan khas. Program menarik lain termasuk Nestum Ho Chak! CNY Special, A New Journey CNY Special 2026, As You Wish 2026 dan CNY Feng Shui Special 2026. Drama My Star Family 3 lakonan Emily Chan dan Thomas Kok pula menyajikan kisah komedi keluarga selebriti yang dekat dengan realiti masyarakat tempatan.

WOWSHOP memulakan jualan khas sejak 18 Disember 2025 dengan menawarkan barangan keperluan perayaan pada harga terendah, diskaun sehingga 50 peratus serta penghantaran percuma. Selebriti tempatan turut tampil secara langsung untuk berkongsi produk pilihan mereka, menjadikan pengalaman membeli-belah lebih interaktif dan menarik.
Eight WuXian pula menampilkan drama bersiri vertikal yang menghiburkan dan menyentuh hati, manakala TantanNews (TTN) memperkenalkan program inforia edisi khas Tahun Baharu Cina. Rojaklah berkongsi resipi kuih perayaan bersama artis jemputan, sementara Viralcham membawa penonton menjelajah dekorasi Tahun Baharu Cina di pusat beli-belah terpilih.
Pada tahun ini, penonton juga berpeluang menyertai Pertandingan MV Kreatif yang terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara dengan jumlah hadiah keseluruhan bernilai RM20,000. Penyertaan dibuka sehingga 25 Januari 2026. Selain itu, kerjasama antara 8TV dan Kinohimitsu menerusi kempen CNY Blessing Gift Pack akan menyampaikan hadiah istimewa kepada penerima bertuah di enam negeri terpilih.
Kempen CNY Must Be Good turut mendapat sokongan dan kerjasama daripada rakan penaja termasuk Kinohimitsu, Jasmine Food, Loong Kee Dried Meat, Daia, Nutox, CUCKOO, BRAND’S, Nestum, Darlie, Blackmores, NESCAFÉ Gold, Snickers, Metalogy Academy, IN2IT, Sungei Wang Plaza dan James Lai Fengshui Astrology.
Orang ramai boleh mengikuti akaun rasmi media sosial 8TV di Facebook @8TVbadukongjian, Instagram @8tvmalaysia serta Facebook dan Instagram @bestoflocal8TV untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen CNY 2026. Hangatkan perbualan di media sosial dengan tanda pagar #CNYMustBeGood.