BARISAN PENYAMPAI 2026 MEMPERKUKUH TRANSFORMASI JENAMA BERITA TV3 DAN TV9

TV3 dan TV9 terus memperkukuh transformasi jenama berita mereka menerusi pengenalan barisan penyampai 2026 yang menggabungkan gabungan dinamik antara personaliti berpengalaman serta bakat baharu. Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua stesen di bawah rangkaian Media Prima dalam menyampaikan laporan berita yang pantas, tepat dan berwibawa, sekali gus mengukuhkan lagi kepercayaan penonton terhadap jenama berita mereka yang telah lama menjadi rujukan utama rakyat Malaysia.

Sebagai antara program berita paling berpengaruh di negara ini, Buletin TV3 menerusi Buletin Utama terus mengekalkan kedudukannya sebagai antara siaran berita dengan tontonan tertinggi, mencecah sehingga 4 juta penonton. Kejayaan ini disokong oleh barisan penyampai berpengalaman yang memiliki kredibiliti serta kepakaran dalam menyampaikan liputan berita secara profesional, berinformasi dan meyakinkan, menjadikan program ini kekal relevan dalam landskap media yang semakin kompetitif.

Bagi tahun 2026, barisan penyampai Buletin TV3 adalah seperti berikut:

Segmen / ProgramBarisan Penyampai
Buletin PagiNur Izabelle Choong, Deerina Sheikh Faisal
Buletin 1.30Afrina Romzi, Hirsham Azmi, Asyiha Ariffin
Buletin UtamaAsrulnizam Kadir, Farah Nabilah, Shafiq Adnan, Fatin Hamimah, Vinsla Santiran, Douglas Elliot David, Zati Nizam, Ahmad Fahmi Tajuddin
Segmen SukanSyakirah Zulkifly
NightlineKelvin Ong Abdullah, Azaria Tagaya, Muhammed Ahmad Hamdan, Natasha Busst

Dalam masa yang sama, TV9 turut melangkah ke fasa baharu dengan memperkenalkan kombinasi wajah sedia dikenali bersama personaliti baharu bagi memperkaya barisan penyampainya pada tahun 2026. Pendekatan ini bukan sahaja memberi nafas segar kepada jenama berita TV9, malah turut memperluaskan daya tarikan kepada pelbagai lapisan penonton, selari dengan aspirasi stesen untuk terus berkembang dalam ekosistem media yang sentiasa berubah.

Bagi tahun 2026, barisan penyampai Buletin TV9 adalah seperti berikut:

Segmen / ProgramBarisan Penyampai
Buletin TV9 (Wajah Baharu)Fatin Hanani Sahimi, Aileen Zahari
Buletin TV9Saree Abdullah, Asri Badrun, Irfan Ali, Fahiz Ariff, Syamira Nazir, Zharif Zhafri, Ahmad Barr, Intan Syazwina, Hakim Azman

Secara keseluruhannya, barisan penyampai 2026 ini menjadi simbol komitmen TV3 dan TV9 dalam memperkukuh penyampaian berita yang lebih menyeluruh, kredibel dan relevan kepada masyarakat. Dengan gabungan pengalaman, keunikan serta inovasi dalam penyampaian, kedua-dua stesen bersedia untuk terus memainkan peranan penting sebagai sumber informasi utama negara yang dipercayai dan dihormati.