AEON MALAYSIA LANCAR KOLEKSI BUSANA PENGANTIN SEDIA UNTUK DIPAKAI BUAT PERTAMA KALI

[contact-form][contact-field label=”Name” type=”name” required=”true” /][contact-field label=”Email” type=”email” required=”true” /][contact-field label=”Website” type=”url” /][contact-field label=”Message” type=”textarea” /][/contact-form]

KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Menyedari peningkatan permintaan dari ramai pelanggan sempena musim perkahwinan ini, AEON CO. (M) BHD. (AEON) melancarkan koleksi busana pengantin yang bertemakan “Permaisuri Sehari”.Majlis pelancaran yang berlangsungi di AEON Mall Alpha Angle, Wangsa Maju menampilkan kali pertama koleksi seumpama ini dihasilkan.

Di bawah label Puteri, bakal pengantin atau bridesmaid boleh mendapatkan busana pengantin RTW (Ready-to-Wear) dengan harga mampu-milik dan tersedia dalam pelbagai saiz. Pelanggan boleh mengunjungi lapan (8) AEON terpilih yang menawarkan koleksi busana pengantin ini iaitu di AEON Taman Maluri, Alpha Angle, Bandar Utama, MidValley, Shah Alam, Kota Bharu, Kuching dan Nilai.

Menurut Low Ngai Yuen, Ketua Pegawai Pemasaran dan Dagangan AEON Malaysia, “AEON memang faham cabaran untuk merancang perbelanjaan perkahwinan jadi bila tibanya peluang untuk membantu mengurangkan stress, label PUTERI terus mengambil inisiatif untuk memperkenalkan koleksi busana yang mesra-bajet, moden dan dengan 15 pilihan yang boleh terus dipakai serta tersedia dalam semua saiz.”Pelancaran koleksi bermula dengan pameran perkahwinan sejak 26 September lalu.

Selain busana pengantin PUTERI AEON RTW (Ready-to-Wear), pameran perkahwinan “Permaisuri Sehari” turut disertai oleh Shashas Designer, Ghadeez KL, Ikhwan Designer, Nana Bridal dan Jess Wedding. Pameran ini membantu memperkenalkan pemilik busana pengantin tempatan dan membuka ruang kepada semua rakyat Malaysia, khususnya pelanggan AEON untuk mendapatkan pelbagai pakej perkahwinan dan busana pengantin.

Kesemua jenama lain yang turut hadir juga memperlihatkan koleksi busana mereka dalam satu pertunjukan fesyen yang turut diperagakan oleh Aini Sophie, pemenang Miss Malaysia Kebaya 2018/2019 dan Ikon Wanita Melayu 2019. Lebih menarik lagi, tarian tradisional Melayu, Cina dan India oleh Dirgahayu Seni dari Melaka juga dipertontonkan sebagai tradisi tempatan memeriahkan lagi majlis. AEON Malaysia juga mengadakan Peraduan “Permaisuri Sehari”, sebuah kempen media
sosial yang menjemput bakal pengantin untuk memenangi sepasang busana perkahwinan di samping menggalak kesedaran dan keterujaan terhadap koleksi baharu ini.

Melalui peraduan ini, tiga (3) pemenang iaitu; Nursyuhaidah Mohd Razib dari Keramat, Nurul Natasha Jamaludin dari Ampang dan Rosnazira Jamil dari Penang telah dipilih untuk memenangi busana pengantin dari PUTERI, berserta sesi persiapan mekap dan rambut atau hijab oleh jurudandan perkahwinan terkenal Shaari Amin, selain membawa pulang baucar tunai AEON bernilai RM500.

Untuk menyertai, peserta hanya perlu kongsikan video mereka berdurasi 60 saat dengan menyatakan impian “Permaisuri Sehari” mereka secara kreatif. Peserta perlu memuat naik video mereka pada “Reels” di akaun Instagram atau di akaun TikTok dengan menanda tag@aeonmalaysia berserta tanda pagar kempen.

“Kami pasti ramai yang mempunyai impian perkahwinan tersendiri dan melalui kempen ini,sedikit sebanyak kami dapat merealisasikan impian mereka”, jelas Low lagi. Bakal pengantin dan pelanggan yang mahukan inspirasi dan mendapatkan busana perkahwinan boleh ke AEON Alpha Angle, atau AEON terpilih untuk melihat sendiri koleksi busana pengantin RTW AEON ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *