Khas untuk pencinta kucing dan peminat fesyen, TV3 mempersembahkan acara paling dinantikan tahun ini, Cat Fashion Week! Jika anda rasa si bulus kesayangan anda memiliki gaya dan personaliti yang menonjol, inilah peluang untuk mereka melangkah ke pentas peragaan dan menjadi bintang TV!
Dalam acara yang pertama seumpamanya di Malaysia, Cat Fashion Week mengalu-alukan penyertaan kucing-kucing yang bergaya untuk bersaing mempamerkan keunikan fesyen mereka. Bukan sekadar menyerlahkan personaliti kucing anda, ini juga peluang eksklusif untuk mereka menjadi wajah utama dunia fesyen kucing di kaca TV3!
Cara Sertai Uji Bakat Cat Fashion Week
Mudah sahaja untuk mencalonkan kucing anda ke acara penuh glamor ini. Ikuti langkah-langkah berikut:
- Rakam Video 1 Minit
Tangkap aksi kucing anda memperagakan fesyen paling on point mereka. Pastikan video penuh gaya dan menyerlahkan keunikan si comel anda! - Hantar Video Anda
Pilih salah satu cara:- E-mel video anda ke contest@tv3.com.my
- Muat naik video ke media sosial peribadi anda dengan menggunakan hashtag rasmi #CatFashionWeekTV3
Hantar video penyertaan anda sebelum 15 Disember 2024. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk menjadikan kucing kesayangan anda sebagai bintang!
Jika video penyertaan anda terpilih, kucing anda akan mara ke peringkat seterusnya! Si bulus akan mendapat peluang untuk beraksi di pentas peragaan Cat Fashion Week dan menunjukkan bakat serta gaya mereka kepada seluruh Malaysia.
Puncak acara ini adalah pentas akhir Cat Fashion Week, di mana kucing-kucing terbaik akan beraksi di peragaan kucing pertama yang akan disiarkan secara eksklusif di TV3. Saksikan mereka berjalan bergaya sambil memikat hati penonton dengan gaya dan karisma mereka.
Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai acara ini atau drama kegemaran anda, jangan lupa mengikuti akaun rasmi TV3 di media sosial di Facebook, Twitter, YouTube, dan Instagram @TV3Malaysia dan Instagram rasmi Drama Sangat @dramasangat
Jadi, tunggu apa lagi? Jadikan kucing anda simbol kecantikan dunia fesyen kucing dengan menyertai Cat Fashion Week TV3. Si comel anda mungkin akan menjadi bintang seterusnya di kaca TV!