Karnival UDA 2024 Lebih Meriah dengan Kerjasama Mari SeeNI

Bahang kemeriahan Karnival UDA 2024 bakal digegarkan lagi dengan penglibatan Mari SeeNI sebagai Rakan Strategik Pemangkin Acara. Kerjasama ini dijangka akan meningkatkan lagi kemeriahan program tahunan ini. UDA Holdings Berhad, yang mempunyai mandat daripada Kementerian Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) untuk memperkasakan usahawan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS), berkongsi visi yang sama dengan Mari SeeNI. Pelancaran Mari SeeNI di Karnival UDA 2024 adalah langkah yang tepat pada masanya untuk memperkenalkan jenama ini.

Memasuki tahun ketiga penganjurannya, Karnival UDA 2024 membawa semangat untuk memperkasakan pemilikan hartanah dan menggalakkan penyertaan usahawan Bumiputera dalam ekonomi bandar. Di bawah pimpinan UDA, karnival ini bukan hanya satu acara tetapi juga simbol komitmen dalam memperkukuhkan ekonomi Bumiputera.

Sebagai penghargaan kepada Karnival UDA, Mari SeeNI akan menambah kemeriahan dengan rangkaian aktiviti eksklusif yang disesuaikan mengikut zon-zon bertema di Karnival UDA 2024. Aktiviti-aktiviti ini direka untuk meningkatkan pengalaman pengunjung.

Karnival UDA 2024 memperkenalkan konsep baharu dengan tujuh zon yang berbeza untuk seisi keluarga, termasuk Pavilion UDA, Ruang Rasa, Aura Wanita, Maskulin, Pa C Ma, dan Jualan Pelbagai. Mari SeeNI akan menyemarakkan lima daripada zon ini melalui penglibatan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival. Inisiatif Mari SeeNI juga akan merangkumi liputan media khas untuk setiap aktiviti dan jenama yang terlibat, memaksimumkan promosi Karnival UDA 2024 melalui platform digital Ideaktiv dan secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi dan kelestarian usahawan Bumiputera.

Mari SeeNI akan menyemarakkan zon-zon di Karnival UDA 2024 dengan penyertaan jenama-jenama Ideaktiv secara langsung di tapak karnival. Selain itu, inisiatif Mari SeeNI akan melibatkan liputan media khas untuk setiap aktiviti dan jenama yang berkaitan mengikut zon-zon, memaksimumkan promosi Karnival UDA 2024 melalui platform digital Ideaktiv, dan secara tidak langsung membantu memajukan ekonomi serta kelestarian usahawan Bumiputera.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri keistimewaan Mari seeNI buat pertama kalinya di Karnival UDA 2024 dan rasai kehangatan Karnival UDA tahun ini dengan menjadikannya sebahagian daripada pengalaman yang penuh dengan nilai kebersamaan dan tidak dapat dilupakan.

Mari SeeNI nadi kemeriahan Karnival UDA akan berada di:

  1. Tapak Parkir Gravitas, Pulau Pinang : 26 – 28 Julai 2024
  2. Bandar Tun Hussein Onn, Selangor: 27 – 29 September 2024
  3. Angsana Johor Bahru Mall, Johor: 11 – 13 Oktober 2024
  4. Tapak Projek Neu Pendington, Kuching, Sarawak: 25 – 27 Oktober 2024

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *