18 SEPTEMBER 2022 MENANDAKAN PERMULAAN GENERASI Z MUSIM KEDUA DENGAN MISI BARU KAPTEN HARRIS ALIF & LAPAN Z HERO!

 

Menampilkan Kapten Harris Alif dan lapan Z Heroes, rancangan realiti kanak-kanak Generasi Z di TV3 telah kembali untuk musim baharu. Pada hari Ahad, 18 September 2022, dari jam 7:00 hingga 8:00 malam. di TV3, 10 episod musim ini akan disiarkan. Mereka juga akan distrim secara langsung dalam HD di www.tonton.com.my

Sesi uji bakat musim kedua menerima sambutan hebat dimana lebih 800 penyertaan secara atas talian telah berdaftar. Hanya lapan peserta terbaik terpilih sebagai Wira Z. Menurut Puan Nini Yusof, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima, “Generasi Z menyaksikan kolaborasi kedua TV3 bersama dengan Scott’s dalam mengetengahkan program realiti kanak-kanak yang dapat membina jati diri, memupuk semangat setiakawan dan sikap tanggungjawab dalam pelbagai cabaran yang diberikan. Ia merupakan persaingan sihat antara lapan peserta yang bergelar Wira Z dan saya pasti pengalaman ini dapat memberikan impak positif dan mendedahkan cabaran hidup kepada kalangan peserta yang juga merupakan tonggak negara kita.”

Lapan Wira Z yang akan bersaing di bawah pimpinan hos program, Harris Alif sebagai ‘Kapten’ ialah

  1. Nur Damia, 12 tahun, Seremban, Negeri Sembilan
  2. Muhammad Anas, 13 tahun, Kuala Lumpur
  3. Ain Insyirah, 12 tahun, Pulau Pinang
  4. Muhammad Rayyan Ariq, 13 tahun, Sungai Buloh
  5. Ayu Raudah, 13 tahun, Bangi
  6. Hadif Rayyan, 13 tahun, Klang
  7. Sofea Raisah, 12 tahun, Putrajaya
  8. Muhammad Akid Khalish, 12 tahun, Kuala Lumpur.

 

Generasi Z musim kedua bermula dengan sesi kenal suai dalam aktiviti perkhemahan selama 2 hari 1 malam di Gopeng, Perak. Setiap episod akan memaparkan cabaran fizikal dan mental yang mempunyai tema berbeza seperti Mango Race, Zoo Ranger, Kampung Life, Army Training, Treasure Hunt serta pelbagai aktiviti yang mencabar.

Generasi Z Musim Kedua dibawakan khas oleh Scott’s Gummies dengan Multivitamin selaku Penaja Eksklusif, bersiaran di TV3 bermula 18 September 2022, setiap hari Ahad, pukul 7.00 malam. Gunakan #GenerasiZ #scottsmvmmango #ScottsMy untuk menghangatkan lagi perbualan di laman media sosial.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari www.xtra.com.my dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *