“Aishah 40 Chapters of Love” Himpunkan Kenangan Empat Dekad Seni

Raikan cinta, kenangan dan perjalanan seni selama empat dekad bersama Dato’ Aishah dalam sebuah konsert istimewa bertajuk “Aishah 40 Chapters of Love, Live in Concert”. Setiap perjalanan menyimpan cerita dan setiap cerita pula terukir menjadi sebuah bab yang lahir daripada cinta.

Konsert Aishah 40 Chapters of Love, Live in Concert akan berlangsung pada 4 Julai 2026, jam 8.00 malam di Megastar Arena, Sungai Wang. Jualan tiket akan mula dibuka pada 17 April 2026, jam 3.00 petang.

Tiket ditawarkan dalam beberapa kategori iaitu VVIP berharga RM788, VIP RM488, Janji Manismu RM488, Sensation RM388, Paradise RM288, Kasih Kita RM238, Pulanglah RM198 dan Taman Keabadian RM168. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan istimewa ini dengan mendapatkan tiket melalui pautan https://www.ticket2u.com.my/Aishah40.