LABEL MUZIK TERKEMUKA & PARA PEMPENGARUH INDUSTRI MERAIKAN PEMBUKAAN RASMI OUTLET KARAOKE KELUARGAYANG INOVATIF & SERBA CANGGIH RED BOX DI PAVILION ELITE

KUALA LUMPUR, 3 Julai 2022 – Pengarah Kana Lembaga Penggalakkan Pelancongan
Malaysia (Tourism Malaysia), YBhg. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar merasmikan pembukaan Red Box Plus Pavilion Kuala Lumpur, yang merupakan outlet karaoke terbaru yang paling eksklusif dan serba canggih. Sebagai penjunjung industri muzik tempatan, acara pembukaan rasmi tersebut menyaksikan sokongan dari label-label muzik terkemuka dan para pempengaruh tempatan yang turut hadir meraikan pencapaian terbaru Red Box.


Red Box Plus Pavilion Kuala Lumpur mempunyai 32 buah bilik karaoke yang tercanggih beserta sistem karaoke kecerdasan buatan (A.l.),
pelbagai juadah tempatan dan antarabangsa, sistem bunyi yang terbaik, konsep reka bentuk yang menarik dan pilihan lagu-lagu pelbagai bahasa. Para pengunjung akan pasti dapat
menjumpai lagu pilihan hati mereka sama ada lagu tempatan mahupun antarabangsa
tanpa mengira bangsa dan usia.

YBhg. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, “Komponen perbelanjaan tertinggi bagi
pelancong dalam dan luar negara ialah membeli-belah, F&B dan hiburan. Jadi, saya
pasti pembukaan Red Box Pavilion Kuala Lumpur akan menjadi penyumbang yang
penting untuk industri pelancongan.”
Red Box Plus Pavilion Kuala Lumpur memulakan operasinya sejak tahun lalu, dengan
menyediakan premis yang selamat dan selesa untuk orang ramal mencari ketenangan semasa pandemik. lanya merupakan tempoh yang sukar untuk rakyat Malaysia dan Red Box tetap memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dengan tarikan yang luar biasa, sambil memastikan keselamatan pelanggan dengan
pembersihan premis secara berkala dan sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan
kerajaan.



Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Red Box Karaoke Group, En. Karl Khoo berkata, “Red Box Plus Pavilion Kuala Lumpur dibuka sejak Mac 2021, semasa Malaysia di tahap kritikal melawan Covid-19. Ya, kami berjaya lakukan yang mustahil dan kami tabah melalui detik-detik sukar. Semuanya demi menyediakan rang yang selamat dan selesa untuk orang ramai mencari ketenangan dalam kehidupan seharian mereka.

Sejak Red Box Karaoke ditubuhkan pada tahun 2000, mereka sentiasa menyokong
industri muzik tempatan dengan memastikan lagu-lagu tempatan sentiasa diketengahkan di outlet-outlet mereka. Oleh it, ramai selebriti dan pempengaruh hadir menunjukkan sokongan mereka terhadap majlis pembukaan tersebut.

Antaranya ialah Bunga, Jeryl Lee, Zynakal, Crystal Ong, Azzam Sham, Ribbon Ooi dan
ramal lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.redbox.com.my/.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *