HONOR Bawa Era Baharu AI Mudah Alih Dengan Pelancaran MagicOS 10 di Malaysia

HONOR telah memulakan proses pelancaran berperingkat bagi sistem operasi terbaharunya, MagicOS 10, yang amat dinanti-nantikan. Bermula bulan ini, pengguna pelbagai model telefon pintar HONOR akan menerima kemas kini tersebut secara berfasa. Sistem operasi ini membawakan peningkatan prestasi, reka bentuk visual yang lebih elegan serta keupayaan kecerdasan buatan (AI) termaju, sekali gus memberikan pengalaman penggunaan yang lebih pintar dan lancar.

Pada peringkat awal, model flagship HONOR Magic8 Pro menjadi peranti pertama yang dilengkapi dengan MagicOS 10. Berasaskan Android 16, sistem operasi ini memperkenalkan reka bentuk baharu dengan elemen lebih telus yang menawarkan antara muka pengguna yang ringan dan intuitif, di samping penggunaan tenaga yang lebih cekap. Antara ciri utama yang diperkenalkan ialah keupayaan untuk mengekalkan permainan aktif dan terus bersambung walaupun skrin dimatikan, sekali gus memaksimumkan prestasi sambil menjimatkan penggunaan bateri. Kemas kini ini akan diperluaskan kepada model-model HONOR lain yang serasi secara berperingkat sepanjang tahun 2026.

Melalui MagicOS 10, HONOR turut membawa fotografi mudah alih ke tahap baharu dengan menjadikan telefon pintar sebagai studio kreatif peribadi. Ciri Magic Pose, pembantu fotografi AI pertama dalam industri, membantu pengguna tampil lebih yakin di hadapan kamera dengan mencadangkan gaya pos menarik secara masa nyata. Sementara itu, ciri Magic Color membolehkan pengguna meniru tona sinematik dengan serta-merta, menghasilkan foto berestetika profesional seumpama gred filem.

Ciri-ciri ini membolehkan pengguna menghasilkan kandungan visual berkualiti tinggi dengan mudah, sama ada untuk perkongsian di media sosial mahupun sebagai kenangan peribadi.

Dari segi produktiviti, MagicOS 10 memperkenalkan OneTap, satu ciri baharu yang membolehkan penghantaran fail dilakukan dengan pantas dan lancar antara telefon pintar HONOR dan iPhone hanya melalui satu sentuhan, sekali gus meningkatkan kemudahan penggunaan merentas platform.

Melangkaui aspek kreativiti dan produktiviti, MagicOS 10 turut menampilkan perkakas AI canggih yang memfokuskan kepada keselamatan dan kesalinghubungan. Ciri pengesanan deepfake AI yang dipertingkatkan kini mampu mengimbas lebih daripada seorang individu untuk mengenal pasti wajah yang diubah secara digital semasa persidangan video langsung, sekali gus memberikan perlindungan tambahan terhadap ancaman penipuan.

Bagi menyokong komunikasi global, ciri Terjemahan Panggilan masa nyata turut diperkenalkan bagi membolehkan terjemahan langsung semasa panggilan telefon. Fungsi ini memudahkan komunikasi merentas bahasa tanpa halangan, sekali gus menjadikan urusan perniagaan antarabangsa dan aktiviti pelancongan lebih lancar dan efisien.

Pengguna yang memerlukan bantuan atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan proses muat turun dan kemas kini boleh mendapatkan sokongan secara langsung daripada pakar di kedai HONOR Experience Store berhampiran.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi HONOR di www.honor.com/my.

HONOR merupakan syarikat ekosistem peranti AI terkemuka di peringkat global yang komited untuk merevolusikan interaksi antara manusia dan peranti. Dengan matlamat merapatkan ekosistem AI kepada semua pengguna dalam era ejen AI dan seterusnya, HONOR berusaha membuka sempadan industri melalui kerjasama yang terbuka dan lancar. Melalui portfolio produk inovatif berasaskan AI yang merangkumi telefon pintar, PC, tablet, peranti boleh pakai dan pelbagai lagi, HONOR berhasrat untuk memperkasakan setiap individu menerokai dunia pintar yang baharu.