Siti Khadijah meneruskan komitmennya dalam memperkasa pengisian rohani masyarakat menerusi kolaborasi bersama TV Al-Hijrah sempena penganjuran Konvensyen Hijrah Bergema 2025 yang berlangsung pada 30 dan 31 Disember 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Penganjuran konvensyen ini menjadi platform penting dalam menghimpunkan komuniti untuk mendalami nilai spiritual melalui pendekatan yang segar dan relevan.
Konvensyen Hijrah Bergema 2025 menampilkan pelbagai pengisian kerohanian termasuk ceramah motivasi, bengkel solat serta konsert rohani yang diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid dan artis jemputan. Gabungan elemen ilmu dan hiburan ini memberi pengalaman menyeluruh kepada pengunjung dalam suasana yang harmoni dan inspiratif.

Bersempena konvensyen ini, Siti Khadijah memperkenalkan Koleksi Ramadan & Raya 2026, MUSHAFE – Warisan Darul Iman yang diinspirasikan daripada Mushaf Terengganu. Koleksi ini mengangkat nilai seni dan warisan Islam ke dalam rekaan busana ibadah yang menampilkan kehalusan seni Nusantara dengan gabungan elemen moden dan klasik, menjadikannya simbol keindahan serta penghormatan terhadap khazanah Islam.
Siti Khadijah turut melancarkan Telekung Basic baharu pada harga RM188 yang didatangkan dengan kotak istimewa. Telekung ini sesuai dijadikan pilihan hadiah untuk pelbagai majlis termasuk perkahwinan, marhaban dan khatam al-Quran, selain memenuhi keperluan ibadah harian dengan reka bentuk yang praktikal dan elegan.

Selari dengan nilai jenama yang menitikberatkan keseimbangan rohani dan ketenangan jiwa, kempen JEDA – Damai Dalam Waktu turut diperkenalkan sebagai satu seruan untuk memperlahankan langkah dan memberi ruang kepada refleksi diri. Mesej Pause for Peace yang dibawa melalui kempen ini menggalakkan masyarakat mengambil jeda dalam kehidupan seharian sebagai usaha untuk kembali kepada diri, keluarga dan Tuhan.
Bagi menyemarakkan lagi kempen Gema Ramadan, Siti Khadijah mengumumkan pelantikan Amyra Rosli dan Amar Baharin sekeluarga sebagai Duta Ramadan & Raya Siti Khadijah 2026. Mereka menjadi wajah kepada koleksi keluarga yang direka untuk memenuhi keperluan gaya hidup moden sambil mengekalkan nilai kesopanan, tradisi dan keselesaan.
Koleksi Ramadan & Raya 2026 Siti Khadijah boleh didapati di semua butik rasmi Siti Khadijah di seluruh negara serta secara dalam talian melalui laman web www.sitikhadijah.com, sebagai persiapan menyambut Ramadan dan Syawal dengan lebih bermakna bersama seisi keluarga.