Bersempena sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia ke-68, Hotel Premiera Kuala Lumpur mempersembahkan acara istimewa Merdeka Warisan Hi-Tea yang mengangkat tema “Merdeka Mengangkat Warisan Melalui Rasa dan Budaya”.

Acara ini dijadualkan berlangsung pada 28 Ogos 2025 bermula jam 2.00 petang di Dewan Ballroom Hotel Premiera Kuala Lumpur. Ia merupakan sebuah kerjasama eksklusif antara Chef Selebriti Dr. Liza Zainol dan Chef Eksekutif Hotel Premiera, Chef Dzulkarnain, yang bersama-sama akan menampilkan pelbagai sajian Hi-Tea berinspirasikan masakan tradisi dan resipi turun-temurun rakyat Malaysia.

Penganjuran ini bertujuan untuk menonjolkan kekayaan budaya serta warisan kulinari negara yang menjadi sebahagian daripada identiti bangsa. Setiap hidangan bukan sekadar untuk dinikmati dari segi rasa, malah membawa makna mendalam tentang tradisi dan khazanah gastronomi yang diwariskan sejak dahulu lagi.
Antara pilihan menu yang akan dihidangkan ialah Nasi Lemuni Sambal Ikan Talang Masin, Nasi Ulam Kampung dengan Sayur Keladi, Nasi Dagang bersama Gulai Ikan Tongkol, Nasi Ambeng Ungkap Ayam, selain aneka manisan seperti Ubi Telampung, Bubur Cha Cha Nangka, Kuih Sagu Puteri Salju dan Kuih Cara Bengkang Bebawang. Tetamu juga berpeluang menikmati sajian gerai langsung antaranya Cucur Jagung bersama Kuah Kacang serta pelbagai lagi hidangan lain.

Bagi memeriahkan suasana, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan termasuk demonstrasi masakan, persembahan menarik, hadiah cenderamata eksklusif dan ruang bergambar dengan dekorasi bertema Merdeka yang menambah nilai kenangan untuk para tetamu.
Harga istimewa Early Bird ditawarkan pada kadar RM88 seorang untuk tempahan sebelum 20 Ogos 2025, manakala harga walk-in ialah RM108 seorang. Sebarang tempahan boleh dibuat dengan menghubungi talian 03-2615 1000.

Tetamu digalakkan untuk hadir dengan berpakaian tradisional seperti baju kurung, baju Melayu atau busana yang menampilkan semangat kemerdekaan bagi menyerikan lagi suasana acara. Tempat duduk adalah terhad, maka para tetamu dinasihatkan membuat tempahan awal bagi memastikan penyertaan.
Selain acara eksklusif tersebut, Hotel Premiera turut menganjurkan Merdeka Buffet Lunch dan Hi-Tea yang akan berlangsung dari 28 Ogos hingga 16 September 2025. Inisiatif ini membolehkan para pengunjung menikmati kepelbagaian hidangan tradisional sepanjang musim sambutan Hari Malaysia.