Bangga Gila! Ceddy Ang Puji Habis Ejen Ali The Movie 2

ceddy ang ceddy ang

Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) akhirnya ditayangkan secara besar-besaran di 161 lokasi pawagam seluruh Malaysia dan Brunei, menjadikannya tayangan filem animasi tempatan terbesar dalam sejarah industri filem negara. Filem ini mendapat sambutan hangat daripada penonton, termasuk pujian daripada beberapa Key Opinion Leaders (KOL) tempatan yang teruja dengan kualiti jalan cerita, visual, runut bunyi, dan babak aksi yang disampaikan dengan kemas dan matang.

Antara yang paling menonjol ialah pempengaruh media sosial, Ceddy Ang, yang memuji tinggi mutu animasi, babak pertarungan dan kesan visual dalam EATM2. Menurutnya, filem ini layak dihargai terutamanya oleh peminat permainan video kerana aksi yang mantap dan produksi bertaraf antarabangsa. “Saya akan bagitahu satu dunia yang ‘this is our movie’,” katanya penuh bangga sebagai rakyat Malaysia.

Risk Saidon, seorang lagi pempengaruh dan peminat tegar Ejen Ali, turut berkongsi pandangan positifnya. Beliau mengakui menonton semula filem pertama sebanyak tiga kali sebelum menonton EATM2 dan menyatakan animasi dalam sekuel ini lebih halus, matang dan penuh usaha. “Saya bagi 10/10. Memang syorkan bawa anak-anak tengok,” ujarnya.

Secara keseluruhan, Ejen Ali The Movie 2 mendapat pujian ramai dan dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam industri animasi tempatan. Ia bukan sahaja mengangkat jenama tempatan ke tahap lebih tinggi, malah membuktikan potensi besar animasi Malaysia untuk bersaing di peringkat global. Filem ini kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara. Jangan lepaskan peluang, tempah tiket anda sekarang dan gunakan #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #EjenAli #Letsplay #AniMY #SapotLokal #SaluteAnimatorTempatan untuk hangatkan lagi perbualan di media sosial! – Tehtariktimes