HONOR kini sedang bersedia untuk melancarkan siri telefon pintar baharu yang dijangka akan mencetuskan fenomena baharu dalam pasaran. Dengan penawaran ciri-ciri canggih termasuk integrasi AI, peranti ini direka khusus untuk memberikan pengalaman seakan telefon pintar flagship – tetapi dengan harga yang jauh lebih berpatutan.
HONOR secara terbuka menyasarkan pengguna yang selama ini mengimpikan kualiti dan prestasi seperti iPhone, tetapi pada harga yang lebih realistik. Peranti ini dilihat sebagai alternatif ideal, membuktikan bahawa teknologi berinovatif tidak semestinya datang dengan kos tinggi.
Menurut HONOR, misi mereka adalah untuk menjadikan teknologi hebat lebih boleh dicapai oleh semua. Bukan sekadar gimik pemasaran, tetapi benar-benar dibina berdasarkan permintaan sebenar pengguna masa kini yang mahu kualiti tanpa mengorbankan bajet.
Bagi yang ingin mengikuti perkembangan pelancaran rasmi siri baharu ini, anda boleh lawati laman rasmi mereka di: