BYD Sime Motors Perkenalkan Pakej Komprehensif Baru, Perkukuh Posisi BYD ATTO 3 ULTRA di Malaysia

BYD Sime Motors yang merupakan pengedar rasmi kereta BYD di Malaysia, hari ini dengan penuh bangga melancarkan BYD ATTO 3 ULTRA, sebuah versi terkini yang menawarkan spesifikasi lebih canggih untuk Kenderaan Elektrik (EV) terlaris No.1 negara.

Dijual pada harga RM123,800, BYD ATTO 3 ULTRA terus mengekalkan kedudukannya sebagai pilihan utama dalam segmen SUV elektrik. Penetapan harga strategik ini memberi peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menikmati kelebihan pengangkutan elektrik moden, sambil menegaskan komitmen BYD dan Sime Motors untuk mempercepatkan penggunaan EV di Malaysia dengan menawarkan produk yang menyeluruh pada harga yang sangat kompetitif.

Jeffrey Gan, Pengarah Urusan Asia Tenggara Sime Motors, berkata, “BYD ATTO 3 telah mengubah landskap EV di Malaysia, menjadikan pengangkutan elektrik lebih mudah diakses dan praktikal. Dengan rekod prestasi cemerlang sebagai EV terlaris di Malaysia, kami yakin bahawa BYD ATTO 3 ULTRA akan terus menjadi pilihan utama pembeli. Sebagai pengedar rasmi BYD di Malaysia, kami berbangga dapat menawarkan bukan sahaja kenderaan yang hebat, tetapi juga sokongan selepas jualan yang luar biasa. Untuk memastikan pengalaman pemilikan yang lebih baik, kami memperkenalkan Pakej Servis Percuma 8 Tahun, disertakan dengan jaminan komprehensif. Pemilik BYD kini dapat memandu tanpa sebarang kerumitan, dengan sokongan dari rangkaian 21 Pusat 3S BYD di seluruh negara.”

Eagle Zhao, Pengarah Urusan BYD Malaysia, menambah, “BYD komited untuk membawa teknologi EV bertaraf dunia kepada pelanggan Malaysia. BYD ATTO 3 bukan sahaja mencatatkan kejayaan besar di Malaysia dengan lebih 6,300 unit dijual, tetapi juga di seluruh dunia, dengan lebih 950,000 unit terjual di 116 negara. Kepercayaan yang diberikan oleh pelanggan terbukti dengan kadar aduan yang sangat rendah, dengan tuntutan bateri voltan tinggi yang jauh lebih rendah daripada 0.3%, membuktikan kualiti dan ketahanan teknologi bateri Blade kami.”

Kejayaan Jenama No. 1

Sejak diperkenalkan, BYD ATTO 3 telah mendominasi pasaran EV Malaysia, menjadikannya sebagai EV terlaris selama dua tahun berturut-turut. Dengan lebih 6,300 unit terjual di Malaysia dan lebih 950,000 unit di seluruh dunia, BYD ATTO 3 terus memikat hati pelanggan dengan prestasi, kebolehpercayaan, dan teknologi serba canggih.

Rekod Kebolehpercayaan Terbukti

Salah satu kelebihan utama BYD ATTO 3 adalah teknologi Blade Battery yang sangat selamat dan dipercayai. Dengan program jaminan kenderaan dan bateri voltan tinggi yang mantap, BYD terus mendapat kepercayaan tinggi di kalangan pelanggan di Malaysia. Kadar tuntutan waranti bateri voltan tinggi kurang daripada 0.3%, membuktikan betapa kebolehpercayaan dan daya tahan teknologi bateri Blade ini. Malah, pemandu yang telah mencapai jarak 80,000km dengan BYD ATTO 3 melaporkan bahawa prestasi bateri mereka kekal konsisten.

Sokongan Selepas Jualan Yang Kukuh

BYD Sime Motors memastikan pengalaman pemilikan yang lancar dengan sokongan selepas jualan yang menyeluruh:

  • Rangkaian Perkhidmatan Luas: Dengan lebih 35 cawangan di seluruh Malaysia, termasuk di Pantai Timur dan Malaysia Timur, pemilik BYD dapat menikmati perkhidmatan profesional serta sokongan teknikal di seluruh negara.
  • Kos Penyelenggaraan Rendah: Pemilikan EV dengan BYD ATTO 3 menawarkan kos penyelenggaraan yang jauh lebih rendah berbanding kenderaan enjin pembakaran dalam (ICE), menjadikan ia pilihan bijak untuk jangka panjang.
  • Pengalaman Pelanggan: Pengalaman pemilik BYD ATTO 3 yang telah menggunakan kenderaan ini sejak 2022 menunjukkan kepuasan yang tinggi terhadap kecekapan, ketahanan, dan prestasi kenderaan ini.

Encik Tee, pemilik BYD ATTO 3 sejak 2022 berkata, “Saya amat kagum dengan ketahanan BYD ATTO 3. Dengan jarak lebih 100,000 km, kos penyelenggaraan saya jauh lebih murah daripada kereta petrol! BYD ATTO 3 sememangnya EV yang boleh diandalkan dan menyeronokkan untuk dipandu!”

Ciri-Ciri Utama BYD ATTO 3 ULTRA yang Dinaik Taraf:

  • Teknologi Canggih: Kunci Digital (NFC) membolehkan pemandu membuka kunci pintu dan menghidupkan enjin hanya dengan satu ketikan mudah pada telefon pintar. Fungsi Kekunci Bluetooth pula membolehkan akses tanpa memerlukan sambungan Internet, menjanjikan kemudahan tanpa gangguan.
  • Kemas Kini Reka Bentuk Dalaman: Ruang dalaman serba hitam yang premium, dengan jahitan kontras kuning yang menambah sentuhan gaya sukan, memberikan pengalaman yang lebih estetik dan moden.
  • Tempat Duduk Depan Berudara: Ditingkatkan untuk keselesaan tambahan, memastikan pemandu dan penumpang depan merasa lebih sejuk dan segar dalam iklim panas Malaysia.
  • Reka Bentuk Luar Bergaya: Reka bentuk rim baru yang elegan, melengkapkan profil aerodinamik BYD ATTO 3 ULTRA, memberikan penampilan yang lebih menarik dan dinamik di jalan raya.

Dengan tawaran yang lebih menarik dan pakej komprehensif, BYD ATTO 3 ULTRA terus menjadi pilihan utama bagi mereka yang mencari pengalaman memandu elektrik yang tiada tandingan.

Pakej Pelancaran ULTRA Eksklusif untuk 1,000 Pelanggan Pertama!
Spesifikasi BYD ATTO 3 ULTRA

  • 0-100 km/j: 7.3 saat
  • Jarak Pemanduan (NEDC): 480 km
  • Kuasa Maksimum (kW): 150
  • Tork Maksimum (Nm): 310
  • Kapasiti Bateri (kWj): 60.48
  • Jisim Kenderaan Kasar (kg): 2,160
  • Pilihan Warna Luar:
    • Ski White (Putih)
    • Harbour Grey (Kelabu)
    • Cosmos Black (Hitam)
  • Warna Dalam: Tempat duduk hitam dengan jahitan kontras kuning.

Pakej Pelancaran ULTRA Eksklusif untuk 1,000 Pelanggan Pertama!

BYD Sime Motors menawarkan peluang eksklusif bagi 1,000 pelanggan pertama untuk memiliki BYD ATTO 3 ULTRA melalui Pakej Pelancaran ULTRA yang luar biasa. Dicipta untuk memberikan nilai terbaik, pakej ini menawarkan pelbagai manfaat hebat serta penjimatan maksimum kepada pembeli yang pantas!

Pakej Pelancaran ULTRA termasuk:

  • Rebat Tunai & Cas: Jimat RM5,000
  • Pakej Servis 8 Tahun (bernilai RM4,888)
  • Pengecas Dinding 7kW Percuma (bernilai RM3,699)
  • Alat Penyesuai V2L Percuma (bernilai RM988)
  • Kabel Jenis 2 Percuma (bernilai RM1,796)
  • Internet Tanpa Had Percuma selama 2 tahun
  • Waranti Komprehensif (Tertakluk kepada Terma dan Syarat):
    • Waranti kenderaan: 6 tahun atau 150,000km
    • Waranti bateri voltan tinggi: 8 tahun atau 160,000km
    • Waranti unit pacuan: 8 tahun atau 150,000km

Dengan liputan waranti yang sangat meluas, pelanggan kini dapat menikmati pengalaman memandu yang lebih tenang dan yakin.

Selain itu, pelanggan juga boleh memilih untuk membeli Pakej Service Plus, yang memberi manfaat tambahan seperti penggiliran, penjajaran, pengimbangan tayar, dan penggantian bateri 12V tahunan.

Tempah BYD ATTO 3 ULTRA Anda Hari Ini!

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki BYD ATTO 3 ULTRA dengan tawaran hebat ini! Pelanggan yang berminat kini boleh membuat tempahan di mana-mana bilik pameran BYD di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari https://byd.simemotors.my/ atau ikuti kami di Facebook dan Instagram. Untuk pertanyaan, hubungi Perkhidmatan Pelanggan di 1300-38-1888.

Bergabunglah dengan revolusi EV dan nikmati pengalaman memandu tanpa had dengan BYD ATTO 3 ULTRA!