Pelancaran Produk Bidadari Syurga

Produk Bidadari Syurga akan meningkatkan pasaran jualan jubah tempatan dengan memenuhi keperluan wanita bersaiz besar malah menjualnya pada kos berpatutan pada 17 September 2022, dari 3.30 hingga 7.30 petang. Majlis tersebut berlangsung di Hotel Summit USJ yang telah dilancarkan oleh YAM Raja Datin Saidatul Mardiah Binti Almarhum Sultan Idris A’Fifullah Shah’s USJ Summit Hotel.

Pengasas syarikat, Datuk Nooraini Kamaruddin berkata, kain berkualiti tinggi dengan menggunakan fabrik creepe itu sangat bersesuaian digunakan oleh wanita sebagai pakaian harian kerana lembut dan sejuk serta tidak perlu digosok.

Menurut beliau, jubah yang dijual pada harga serendah RM80 sepasang itu turut mesra muslimah dan juga mesra solat.

Koleksi terbaharu ini bakal memberi ruang dan peluang kepada golongan wanita memiliki jubah berkualiti tinggi pada harga berpatutan selain mendorong mereka menjadi pengedar untuk menjana tambahan pendapatan.

Nooraini menjelaskan, fesyen jubah yang dihasilkan daripada ideanya sendiri telah mendapat sambutan mengga­lakkan daripada pengedarnya di seluruh negara.

Noura Kay Fashion adalah salah satu cabang kumpulan perniagaan di bawah Bidadari Syurga selain disokong oleh beberapa segmen perniagaan berkaitan kosmetik, produk wangian dan juga produk penjagaan kecantikan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *