Single Terbaharu Valdy Nyonk, “Gelas yang Retak”, Hadir dengan Sentuhan Emosional Mendalam

Valdy Nyonk kembali mengetuk hati para pendengar dengan single terbaharunya berjudul “Gelas Yang Retak”, sebuah balada sendu yang menggambarkan luka dan kekecewaan akibat pengkhianatan dalam percintaan. Dicipta dan ditulis oleh Tegar, lagu ini menampilkan lirik yang menyoroti betapa sukar memulihkan kepercayaan yang telah dihancurkan, disulam dengan melodi balada yang menyayat hati. Penyampaian Valdy yang penuh penghayatan menjadikan setiap bait lagu mudah dirasai oleh sesiapa sahaja yang pernah mengalami kekecewaan cinta.

“Gelas Yang Retak” mengangkat kisah seseorang yang dikhianati oleh pasangan, hingga kehilangan kepercayaan dan kesukaran untuk menerima kembali cinta yang telah patah. Melalui vokal yang matang dan sarat emosi, Valdy berjaya membawa pendengar merasai setiap detik kesedihan dan kekecewaan dalam kisah lagu ini. Lagu ini menegaskan bahawa luka akibat pengkhianatan bukanlah sesuatu yang mudah sembuh, dan kepercayaan yang pecah sukar kembali seperti sediakala.

Menurut penulis lagu, Tegar, “Gelas Yang Retak” lahir daripada kisah realiti tentang hilangnya kepercayaan dalam sebuah hubungan, yang kemudian dihidupkan oleh Valdy dengan ekspresi vokal penuh warna dan kedalaman emosi. Valdy Nyonk terkenal sebagai penyanyi yang menonjolkan kekuatan vokal serta kemampuannya menyampaikan naratif perasaan melalui muzik, menjadikan setiap lagu yang dibawakannya berjiwa dan dekat dengan pengalaman pendengar.

Single ini dijangka menambah koleksi lagu-lagu emotif Valdy yang sering menjadi pilihan pendengar yang menggemari balada beremosi. “Gelas Yang Retak” bakal tersedia di semua platform digital streaming seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, Joox, dan lain-lain bermula 28 November 2025, memberi peluang kepada peminat untuk menyelami perjalanan emosi dan cerita cinta yang relatable ini.