Pendekatan Edutainment Program Show Ada Kelas
Keupayaan menarik perhatian, menyampaikan mesej dengan meyakinkan, dan membina kepercayaan khalayak kini bakal dikupas secara eksklusif menerusi program SHOW ADA KELAS, The Signature Communication Experience. Dikendalikan oleh ikon penyiaran tersohor negara, Datuk Aznil Haji Nawawi, program pembangunan modal insan yang dianjurkan oleh Icon Entertainment ini dijadualkan berlangsung pada 28 November 2026 di Plenary Theatre, KLCC, bermula jam 3 petang hingga 5 petang. Mengetengahkan komunikasi sebagai kemahiran yang boleh dipelajari dan dilatih, program ini menawarkan pendekatan edutainment, gabungan pendidikan dan hiburan melalui lima modul utama yang merangkumi pengurusan keyakinan diri, Executive Presence, seni storytelling, serta pembinaan penjenamaan diri agar peserta bukan sekadar pandai bercakap, tetapi menjadi individu pilihan yang benar-benar didengar.
Manfaat Pengalaman 4 Dekad Menerusi Show Ada Kelas
Menurut Datuk Aznil, program ini tidak bertujuan mengajar cara bercakap semata-mata, sebaliknya membimbing peserta menguasai teknik agar mesej mereka berkesan dan dihargai merentas pelbagai bidang seperti pengucapan awam, rundingan perniagaan, kepimpinan, dan penciptaan kandungan. Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang, turut menambah bahawa pendekatan interaktif ini memberikan nilai tambah yang sukar didapati di tempat lain, di mana peserta berpeluang menimba ilmu secara langsung daripada pengalaman industri menjangkau empat dekad.
Sasaran Peserta Dan Maklumat Tiket Show Ada Kelas
Sasaran penyertaan terbuka kepada pelbagai latar belakang termasuk penjawat awam, eksekutif korporat, usahawan, pendidik, pemimpin belia, dan pencipta kandungan dengan harga tiket bermula dari RM288 dan RM388. Peserta juga mempunyai pilihan untuk mendapatkan E-sijil, Sijil Fizikal, serta menyertai sesi eksklusif Meet & Greet dengan caj tambahan, menjadikannya satu pelaburan bernilai tinggi untuk memperkukuh keupayaan menyampaikan idea secara yakin dan berkesan.














