Bulan Jun ini, Lazada akan menjadi syurga bagi peminat shopping. Bermula dari 5 Jun (8PM) hingga 8 Jun 2024, 6.6 Jualan Paling Wow Lazada yang dinantikan telah tiba, dipenuhi dengan tawaran hebat dan diskaun merentasi semua kategori dan jenama. Dari produk kecantikan hingga barangan keperluan dapur, pakaian wanita hingga barangan rumah, pesta beli-belah ini akan memuaskan hati pembeli dengan pelbagai tawaran dan pakej yang tidak dapat ditandingi. Janji harga terbaik, hadiah percuma, dan lebih banyak lagi menanti!
Khazanah Fesyen dan Kecantikan
Bagi mereka yang ingin menemui fesyen terbaik atau menambah stok barang kecantikan, 6.6 Jualan Paling Wow menawarkan pelbagai jenama dan produk agar anda kekal bergaya dan mengikuti trend terkini. Sama ada memperbaharui koleksi pakaian atau menaik taraf rutin kecantikan, beli dari jenama kecantikan terkemuka seperti AVEDA, Beauty of Joseon, SKINTIFIC, dan L’Occitane, serta manfaatkan harga berbaloi dan nikmati penjimatan luar biasa!
Harga Sentiasa Lebih Baik
Dengan Jaminan Harga Terendah Lazada, pembeli dijamin mendapatkan harga terbaik berbanding platform e-dagang lain. Lazada akan memulangkan 120% perbezaan harga kepada pembeli yang menemui produk dengan spesifikasi yang sama dijual pada harga lebih rendah di tempat lain. Hanya rujuk tag Jaminan Harga Terendah pada butiran produk untuk pastikan kelayakannya dan teruskan berbelanja dengan yakin!
Jimat lebih dengan membeli dengan bijak!
Selain Crazy Mega Brand Offer yang tersedia setiap hari dengan diskaun hingga 80%, para pengguna yang bijak dan cermat harus memperhatikan tawaran mengejut LazFlash. Menampilkan jenama global terkenal seperti Oppo, Ogawa, Xiaomi, Le Creuset, Trapo, DJI, Sony, Vivo, dan banyak lagi, tawaran terhad ini memberikan nilai luar biasa dengan penjimatan lebih besar sehingga 90% pada produk jenama ikonik dari LazMall dan pilihan pasaran tempatan.
Pengguna LazCoins juga akan menikmati tawaran istimewa pada 6.6 ini, di mana mereka boleh mendapat diskaun yang lebih banyak untuk membeli produk kegemaran mereka di saluran LazCoins. Dengan ganjaran yang dipertingkatkan bagi “check-in” harian, pembeli yang turut daftar masuk ke saluran LazCoins setiap hari dari 3 hingga 8 Jun akan berpeluang memperoleh sehingga 660 LazCoins (bernilai RM6.60).
Dapatkan Lebih Banyak Diskaun
Pastikan anda sentiasa mengumpul baucar dari platform dan kedai pilihan anda untuk meningkatkan dan memaksimumkan penjimatan semasa membeli-belah. Anda boleh menggabungkan baucar dengan LazCoins dan LazCash untuk mengurangkan jumlah pembelian. LazCash boleh dikumpul dengan menyelesaikan pelbagai misi harian di aplikasi mudah alih Lazada, serta apabila anda membeli-belah, menulis ulasan, bermain permainan, atau melayari tab “Like“.
Pada 6.6, kami memperkenalkan mekanik permainan baharu Tap & Win melalui saluran Baucar. Anda boleh bermain Tap & Win dua kali sehari sepanjang tempoh jualan untuk memenangi baucar, LazCash, dan hadiah-hadiah lain. Anda juga akan mendapat peluang tambahan untuk bermain apabila berkongsi permainan ini dengan rakan-rakan. Kumpulkan kepingan puzzle untuk menebus barangan atau baucar, dengan Hadiah Utama yang menarik pada hari Jumaat, 7 Jun 2024.
Selain itu, dari 26 Mei hingga 5 Jun, bekerjasama dengan rakan-rakan anda untuk bermain permainan papan Lazzie Star pada aplikasi mudah alih Lazada. Selesaikan pelbagai tugas permainan, ragut tenaga lawan, dan lempar dadu untuk memenangi lebih banyak LazCash yang boleh ditebus semasa 6.6 Jualan Paling Wow.
Beli-Belah Tanpa Rasa Ragu-Ragu di Lazada
Dengan liputan yang meluas merangkumi semua kategori, polisi Change of Mind Lazada melindungi pembeli dan membolehkan pemulangan produk yang mudah dan percuma untuk produk yang layak – tanpa sebarang soalan! Nikmati tempoh pemulangan sehingga 30 hari untuk pembelian dari LazMall dan 7 hari bagi kebanyakan penjual, memberikan anda kebebasan untuk membeli-belah dengan lebih yakin dan tenang!
Dengan begitu banyak tawaran yang tiada tandingan dan promosi eksklusif, inilah masa terbaik untuk berbelanja di Lazada. Ambil kesempatan daripada jualan mega pertengahan tahun ini dan jangan lepaskan penjimatan yang luar biasa!
Untuk maklumat lanjut mengenai 6.6 Jualan Paling Wow, semak aplikasi Lazada atau klik pada pautan ini untuk maklumat lanjut.