Penyanyi dan pencipta lagu terkenal, Hael Husaini, bersama kolaborator Iqie Hugh, memperkenalkan single terbaru berjudul “Penjuara”, runut bunyi rasmi filem animasi popular Ejen Ali The Movie 2 (EATM2). Lagu ini dihasilkan dalam masa singkat dan membawa tema semangat juang serta optimisme, selari dengan kisah ejen MATA yang memburu antagonis Neonimus.
Video lirik “Penjuara” telah dimuat naik di YouTube rasmi Ejen Ali, mencatat hampir 55,000 tontonan dan menerima pujian atas muzik rancak serta lirik yang sesuai dengan suasana dunia perisikan futuristik Ejen Ali. Dengan irama electro-pop yang catchy, lagu ini memberi inspirasi untuk terus berusaha walaupun menghadapi cabaran.
Rakaman lagu hanya sehari dan siap sepenuhnya dalam seminggu. Hael menganggap peluang ini satu pencapaian besar kerana mereka juga peminat Ejen Ali. Sesi tayangan istimewa bersama Hael dan maskot Ejen Ali akan diadakan pada 4 Jun 2025 di GSC MyTown dengan tiket RM35, termasuk barangan eksklusif.
“Penjuara” kini boleh didengar di semua platform digital seperti Spotify, Apple Music, dan YouTube Music, serta mendapat sambutan hangat di TikTok dengan 500,000 tontonan dalam seminggu. Untuk maklumat lanjut, ikuti Alternate Records & Talents di Facebook, Instagram (@alternate.my_), dan TikTok (@alternate.rt_). – Tehtariktimes