PMX & Ejen Ali Berganding Bahu Raikan Guru dengan Ucapan Yang Mengharukan

ejen ali ejen ali

Sempena Hari Guru 2025, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PMX), tampil dengan perutusan khas penuh penghargaan buat seluruh warga pendidik di negara ini. Apa yang istimewa tahun ini adalah kolaborasi kreatif bersama watak animasi kegemaran ramai, Ejen Ali, yang membawa mesej penghargaan ini kepada generasi muda dengan cara yang lebih segar dan dekat di hati.

Dalam video perutusan yang unik ini, PMX dilihat melangkah masuk ke dalam dunia animasi 3D Ejen Ali, seolah-olah berganding bahu dengan wira animasi tersebut meraikan jasa guru-guru yang tidak pernah kenal lelah mendidik dan membentuk masa depan bangsa. Inisiatif ini juga bersempena dengan pelancaran Ejen Ali The Movie 2 (EATM2), filem animasi yang bakal mencuri tumpuan di pawagam tidak lama lagi.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan kata-kata yang menyentuh jiwa, “Hari ini kita berkumpul untuk meraikan wira sebenar negara guru-guru kita. Seperti ejen-ejen terhebat, mereka berjuang tanpa henti di medan ilmu demi memastikan misi pendidikan tercapai. Semangat mereka tinggi, menjadi tulang belakang kemajuan negara. Saya bersama Ejen Ali dan rakan-rakannya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, yang mengajar dan mendidik demi melahirkan generasi Madani.” Beliau juga menegaskan bahawa guru adalah agen transformasi pendidikan yang memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan negara.

Sambutan Hari Guru tahun ini membawa tema “Guru Pemacu Reformasi Pendidikan,” yang mengangkat peranan guru sebagai tonggak utama dalam kemajuan dan pembangunan negara. Melalui kerjasama dengan watak animasi yang digemari ramai, mesej ini bukan hanya sampai kepada golongan dewasa tetapi juga generasi muda dengan cara yang lebih menyeronokkan dan mudah difahami.

Watak Ejen Ali dalam filem terbaru ini membawa nilai-nilai seperti keberanian, integriti, dan tekad menegakkan kebenaran nilai yang sangat seiring dengan perjuangan guru di dunia nyata. Ucapan istimewa PMX bersama Ejen Ali ini diharap dapat membakar semangat penghargaan terhadap guru dalam kalangan generasi muda Malaysia.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Ejen Ali The Movie 2 yang akan mula tayang di pawagam seluruh negara pada 22 Mei 2025. Untuk peminat tegar, tiket tayangan awal sudah dibuka untuk 20 dan 21 Mei. Filem ini sesuai untuk semua peringkat umur dan pastinya bakal menyajikan pengalaman menonton yang penuh aksi dan mengujakan.

Ejen Ali The Movie 2 diterbitkan oleh Primeworks Studios dan WAU Animation dengan kerjasama Komet Productions. Sertai misi hebat ini dan kongsi pengalaman anda di media sosial menggunakan tanda pagar rasmi #EjenAliTheMovie2.

Untuk terus mengikuti perkembangan terkini, jangan lupa layari saluran YouTube rasmi Ejen Ali serta akaun media sosial Primeworks Studios Film. Tonton video ucapan Hari Guru 2025 PMX x Ejen Ali di platform TikTok melalui www.tiktok.com/@officialejenali, di Facebook di www.facebook.com/ejenali, Instagram di www.instagram.com/ejen_ali, dan Twitter di www.twitter.com/ejen_ali. Bersiaplah, Ejens! Misi kita diteruskan! #EjenAli #EjenAliTheMovie2 #EATM2 #AniMY