MERCY Malaysia dengan gembira mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ M.Nasir sebagai Duta Kemanusiaan untuk memperluas promosi nilai dan praktik kemanusiaan. Pelantikan ini berlangsung di Dataran Muzium Negara, Kuala Lumpur.
Kerjasama strategik antara MERCY Malaysia dan YBhg. Dato’ M.Nasir ini diharap dapat memberi dorongan kuat kepada sektor kemanusiaan di Malaysia dan rantau ini khususnya melalui usaha pembudayaan kemanusiaan dengan cara pengukuhan falsafah kemanusiaan; advokasi kemanusiaan melalui seni budaya dan muzik; serta menjadikan seni, terutamanya seni muzik sebagai platform komunikasi massa dan strategik bagi penyebaran nilai, prinsip dan maklumat kemanusiaan.
Perlantikan ini mencerminkan komitmen bersama untuk membentuk transformasi yang positif dan memberikan impak berkekalan terhadap usaha misi kemanusiaan kita. Melalui kerjasama ini, diharapkan agar suara dan rasa empati rakyat terhadap sesama manusia dan persekitarannya akan lebih tersebar luas dan mempengaruhi ramai pihak, lalu dapat menjadikan Malaysia sebagai ‘humanitarian capital’ di rantau ini.
MERCRY Malaysia dan YBhg. Dato’ M.Nasir percaya kerjasama ini merupakan sebuah langkah penting dalam usaha mewujudkan masyarakat madani dan berbudi luhur di Malaysia.